Wednesday 14 November 2012

1 Muharam 1434 Hijrah

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...
hari ni genap 1 Muharam 1434H..
Alhamdulillah..


"SALAM MA'AL HIJRAH UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT"

semoga tahun baru hijrah kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya..InsyaAllah..

sepastinya...ramai yang meletakkan hijrah baru dalam hidup mereka sempena hijrah kali ni...tapi, bagi ana seperti biasanya...doa yang ana minta pada Allah .S.W.T. tetap sama seperti ramadan yang lalu...dan ditambah lagi dengan misi-misi baru untuk menghijrahkan diri dan mengabdikan Cinta ini hanya untuk Pencipta Ya Rabbul Izzati...

Subhanallah..
Allah Maha pemelihara langit dan bumi,
perkenankanlah doaku Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa lalu ku Ya Allah..

sesungguhnya diriku pernah menzalami diri sendiri disebabkan godaan Syaitan yang terkutuk, Nauzubillah..
Jauhkan diriku daripada godaan mereka Ya Allah..

"...berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu."
Al-Mukmin ayat 60

biarlah Allah S.W.T. je yang tahu apa yang saya inginkan selama ini..bukankah Allah S.W.T. itu menjanjikan sesuatu yang baik untuk hambanya yang taat kepada perintahNya..mudah-mudahan..
zuhud cintaku hanya untukNya..















Sunday 4 November 2012

Inikah tandanya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..
selama ana hidup 20 tahun di dunia ni, inilah kali pertama ana memakai tudung bidang 55 ..
inilah cubaan ana yang pertama setelah ana baluti aurat ana dengan kain, demikianlah ana cuba membalutinya dengan yang "lebih baik" InsyaAllah..

Subhanallah..
Inikah tandanya Ya Allah..

Walau tak selabuh mana tudung ini, tapi sudah cukup membuatkan ana rasa satu jiwa atau roh yang baru hadir dalam hidup ana..

Subhanallah..

rupa-rupanya apa yang ana cari selama ini hanyalah diri ana sendiri..
ana mencari bekalan untuk melalui jalan hidup yang hakiki di akhirat kelak..
ana mecari makna ISLAM hanya dalam kalimah-kalimah Tuhan..yakni Al-Quran..

Ya Allah..inikah tandanya "hidayah"

Ya, Itulah yang ana kejar2 selama ini...
walaupun ana temuinya dalam keadaan diri yang penuh dengan kejahilan..
tetapi, itulah hidayahMu Ya Rabbul Izzati..

قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
Katakanlah: Timur dan barat adalah kepunyaan Allah; Allah yang memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. [al-Baqarah 2:142]

ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ.
Yang demikian itu ialah hidayah Allah, yang dengannya Dia memimpin sesiapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. [al-An’aam 6:88]


 Ya Allah..ini langkah yang pertama ana, mudah-mudahan Engkau masih memberikan ana waktu untuk mengorak langkah yang seterusnya.. Amin Ya Rahman..

 Ya Allah..bukankah wanita solehah itu rela stokin kakinya basah terkena Hujan daripada terkena percikkan api neraka..mudah-mudahan mujahadahnya diri ana mendapat RedhaMu... 

Amin Ya Rabbal Alamin...