Monday 30 April 2012

"Mengapa wanita suka menangis..Ya Allah?''

JawabNya: "Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhuk istimewa,
aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan bernih manusia,
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
Aku memberinya naluri untuk mecintai anak-anak dalam keadaan apapun,
Aku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang dia sayangi.."
<3 Istimewanya saya menjadi seorang Wanita (^_^)

Thursday 26 April 2012

Dengarlah Duhai Lelaki ~.~

~Cinta yang ku bina ini hanya kerana Allah S.W.T.
~Terpaut kasihku padamu adalah ketentuan Allah S.W.T.
~Sayang ini adalah kasih dariNya
~Kerinduan ini juga titipan dari Allah S.W.T.
~Jadi, ku mohon kepada bakal imamku kelak agar engkau jadikanlah aku sebaik-baik wanita yang dikasihi Allah S.W.T.

ANDAI ESOK...



Terkadang diriku alpa..
kata ku adalah racun berbisa..
menusuk jauh ke tunjang diri,...
hingga kuntum senyuman kian hilangdi bibirmu..
maafkan diriku.....
sahabat..
semalam yang terluput bukan sejarah palsu,
bukan jua mimpi kala malammu..
tapi..
bukti ksetiaan ku mnunggu pelaut yang dirindu..
hari ini...bukan sesalan untukku..
kerana..di telapak ini bukan akhir cerita "kita"..
andai esok masih ada...
biarlah hela bahtera ini berlabuh di pelabuhan hatimu....
demi melata kasih "sahabat"kurniaan Illahi...
bicaramu sering diulit keindahan semu..
disusun cntik agar tidak trsentuh hatiku....
itulah..."kekuatan" hati sucimu...
percayalah...hadirmu hanya "1" di dalam 1000.


"awak....terima kasih untuk segalanya"
khas untuk awk....
created by:Nurhidayah
mon(9 mei 11)10.20 pm



Semalam ~.~


kata-katamu..sungguh menikam kalbu...
bicaramu..panah yang tertusuk jantungku...
semalamku..hanya bermimpi indah bersamamu..
serahkan hati pada dirimu yang sudi..

tapi...kian lara ku rasakan ..
hancurlah hatiku dikecewa oleh janji palsu..
bulan pun tidak bersinar lagi..
bintang pun tiada seri..

dimana "setia"  yang kau janjikan..
di mana bahagia yang diimpikan..
di manakah sayang..
kau campakkan hati itu..
semua memori  menjadi duri..

hadirmu sayang..bagaikan rembulan...
bagaikan kerdipan bintang di langit malam..
indah terlihat dari pandangan..
tapi kaca di hatimu sungguh melukakan
hatiku..

bicara semalam..hanyalah khayalan..
jerat dunia pada melodi cinta"kita''..
kini...segalanya telah nyata..
kita tak kan pernah bersama..


created by:
Nurhidayah Binti Jamaludin
12.29 am
sat(28 mei 2011)

Rasa Itu A..

Rasa itu ada..
bila mana hadirmu mencoret
setangkir tawa,
Rasa itu ada..
tatkala katamu menjadi pengubat
luka di dada,
Rasa itu ada..
bila senyumanmu membuakkan
bahana cinta,
       Rasa itu ada,..
       tatkala kejujuranmu mencuri
       hatiku yang lara,
       Rasa itu pasti ada..
       keranamu terima diriku seadanya..
Rasa itu ada padaku bersemadi,,
malangnya bagiku
hatimu telah di miliki olehnya..
        Rasa itu ada..
        tapi terlewat sudah bagiku
        meluahkan bibit
        rasa itu A...

24 feb 2010(wed)
01.44am

Tentang "KITA"







di syurga..

Titisan..

Air mata..
derasnya engkau membasahi pipi..
terkenang kenangan yang pernah tercipta..
memori kita di taman indah..
mnyingkap kerinduan di usia remaja..

Tanpa sedar..
ia mengalir lagi..
bagai ku tahu esok ku kan meniggalkan semua..
hidup di dunia...
hanya ranjau berliku
yang ku tempuh..

Air mata..
mengenangkan kasih antara "kita"..
terkenang wajah dia yang ku sayang..
sejujurnya..
hanya dia yang terbaik..
ku temui 1 dalam 1000...

Air mata..
rindu ku pada kenangan yang berlalu pergi..
tak terkata oleh bicara hati.
sayang....wajahmu yang ku mimpi..
nak ku sentuh...tapi,,
engkau jauh di sana......

Titisan air mata...
moga ini yang terakhir untukmu..
walau..sayangku tak pernah berubah..
tapi "kita" masih derita..
hati "kita" sama-sama terluka...
moga "kita" akan temui bahagia di sana...

SEMALAMKU…

Detik yang berlalu..
Hadirnya membuat bahagia..
Saatnya tertawa..
Saat melodinya berlagu untukku..
Saat katanya menjadi pengubat lara..
Alangkah bahagia hadirnya teman seperti “Dia”..

Tapi..
Kebahagiaan yang bertamu bagai sebentar
Kini hanyut dilambung ombak yang menerjah..
Tawa ku rapuh di ranting tua,
Senyumanku hilang pabila senja.

Pabila tirai malam berlabuh…
Tiada lagi gemersik alunan...
ku nanti angin bayu..
tapi, tidak sedikit pun seperti “Dia”.

Hadirnya hanya Desiran pantai..
yang dibawa ombak waktu …


 created by: Dek Nur ~.~
                  3.35 am
                  sunday-1/1/2012

~Norafizah Zulkiple~

Layarnya pernah berlabuh di hati..
singgahnya di pelabuhan "sepi"..
dalam hati seorang wanita "sejati"..

duhai "kasih" yg dirindu..
Air matamu adalah luka di hatiku..
sakit yg kau rasa adalah calaran luka bagiku..
ketahuilah.. hatimu gagah disalut keindahan semu..
kekuatanmu adalah tunjang peribadi..

biarpun ombak itu datang silih berganti..
biarpun badainya umpama api..
tapi, ku tahu..
engkaulah wanita yg kuat menghadapi..

Coretan puisi khas untukmu..
biarpun mata kita tidak pernah bertemu..
tp,sejujurnya..
kekuatan hatimu Norafizah Zulkiple..
adalah wacana untukku menyuluh diri..

Norafizah..
Biarlah kelam mimpi lalu..
susunkan langkah hadapi realiti..
biarlah air mata itu terus mengalir..
bersama sungai yang tak pernah berhenti..
agar adanya secubit rasa untuk terus mencintai..

Istikharah tempat kembali..
sujudmu wanita yang merindu..
mencari petunjuk dari Illahi,
biarpun sayangmu berlagu dalam sendu..

Norafizah..
penantianmu adalah seksaan yang tak berpenghujung..
kesetiaanmu adalah perjuangan sebuah harga diri..
melakar sifat indah wanita "sejati"..

tapi, Iman "dia" lemah...
tidak sekuat Norafizah Zulkiple..
ketahuilah...
doa tulus ini hanya untuk seorang "kasih" yang dirindu..
"Moga Cahaya hafalan ini bertemu seorang Imam yg pantas memiliki"..

Dek Nur
12.45pm
Friday-10 Feb 2012

Wanita solehah itu siapa?

wanita solehah itu apabila dilihat pada dirinya hati menjadi tenang. Hati menjadi tenang kerana peribadinya ataupun akhlaknya yang baik. Sabda Nabi , '"dunia yang paling aku sukai adalah wanita solehah".


Bercakap mengenai wanita,tidak asing lagi dengan perkataan berhias. Wanita solehah semestinya berhias hanya untuk suami. Namun,apabila berhias untuk keluar dari rumah,itu bukan dipanggil solehah tetapi tholehah. Maknanya di sini,kalau seseorang wanita ingin bergincu merah,memakai pemerah pipi dan juga memakai wangi-wangian hanyalah untuk suami yang tercinta. 

Namun,ada pendapat daripada ulama' Tabrani mengatakan bahawa boleh gincu itu dilorekkan keatas bibir tetapi sekadar mengelak wanita itu kelihatan kusut masai. Almaklumlah wanita apabila tidak memakai gincu nampak kelihatan seperti mayat yang sedang berjalan. Oleh itu, untuk mengelak daripada kelihatan sebegitu,wanita dibenarkan untuk memakai gincu namun ala kadar sahaja. Bukan warna yang merah menyala seolah-olah seperti singa yang ingin menggoda.

Kemudian,ulama' juga membenarkan wanita memakai cincin dan juga perhiasan lain seperti gelang. Namun,dalam bab pemakaian gelang perlu ada satu kain di bawahnya untuk menutup pergelangan tangan kerana jangan lupa bahawa pergelangan tangan adalah termasuk dalam aurat wanita. 

Cuba bayangkan wanita pada zaman sekarang memakai gelang. Ya,memang sangat cantik namun ada satu lagi yang berjalan seiring dengan kecantikan yang dikecapi oleh pemakai gelang iaitu dosa kerana menampakkan pergelangan tangan kepada orang ramai.Bercakap mengenai perhiasan,ia tidak mengikut kepada hawa nafsu kita. Sebaliknya ia berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Setakat ini tiada lagi dijumpai kaedah untuk wanita berhias kerana darurat,kerana kerja dan sebagainya. 


~ tak rugi pun jadi wanita solehah,bahkan lagi menguntungkan dunia dan akhirat ~

wanita pertama masuk syurga sebelum anak Rasulullah s.a.w

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.



by Solleh Jamaludin on Tuesday, September 13, 2011 at 4:02pm ·