Thursday 26 April 2012

Wanita solehah itu siapa?

wanita solehah itu apabila dilihat pada dirinya hati menjadi tenang. Hati menjadi tenang kerana peribadinya ataupun akhlaknya yang baik. Sabda Nabi , '"dunia yang paling aku sukai adalah wanita solehah".


Bercakap mengenai wanita,tidak asing lagi dengan perkataan berhias. Wanita solehah semestinya berhias hanya untuk suami. Namun,apabila berhias untuk keluar dari rumah,itu bukan dipanggil solehah tetapi tholehah. Maknanya di sini,kalau seseorang wanita ingin bergincu merah,memakai pemerah pipi dan juga memakai wangi-wangian hanyalah untuk suami yang tercinta. 

Namun,ada pendapat daripada ulama' Tabrani mengatakan bahawa boleh gincu itu dilorekkan keatas bibir tetapi sekadar mengelak wanita itu kelihatan kusut masai. Almaklumlah wanita apabila tidak memakai gincu nampak kelihatan seperti mayat yang sedang berjalan. Oleh itu, untuk mengelak daripada kelihatan sebegitu,wanita dibenarkan untuk memakai gincu namun ala kadar sahaja. Bukan warna yang merah menyala seolah-olah seperti singa yang ingin menggoda.

Kemudian,ulama' juga membenarkan wanita memakai cincin dan juga perhiasan lain seperti gelang. Namun,dalam bab pemakaian gelang perlu ada satu kain di bawahnya untuk menutup pergelangan tangan kerana jangan lupa bahawa pergelangan tangan adalah termasuk dalam aurat wanita. 

Cuba bayangkan wanita pada zaman sekarang memakai gelang. Ya,memang sangat cantik namun ada satu lagi yang berjalan seiring dengan kecantikan yang dikecapi oleh pemakai gelang iaitu dosa kerana menampakkan pergelangan tangan kepada orang ramai.Bercakap mengenai perhiasan,ia tidak mengikut kepada hawa nafsu kita. Sebaliknya ia berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Setakat ini tiada lagi dijumpai kaedah untuk wanita berhias kerana darurat,kerana kerja dan sebagainya. 


~ tak rugi pun jadi wanita solehah,bahkan lagi menguntungkan dunia dan akhirat ~

2 comments:

Hidayatullah said...

Cara overcome xmau pkai gincu tp at the same time tak nk nmpk mayat ialah pakai purdah.haha

Unknown said...

Hidayatullah .. hahahh ok =)