Monday 28 October 2013

Tak sabar :')

Bismillahirrahmanirrahim. .
Alhamdulillah..dah lama sangat tak update blog ni... busy dengan kelas dan bisnes katakan.... cehh..

Ok..kali ni excited sangat nak cerita..niat setahun yang lalu.. "niat hati teringin ke umrah.. Alhamdulillah. .Alhamdulillah. .
Cuti seminggu yang lalu, tiba2 mak cakap yang mak nak ajak saya ke umrah.. Allahu Akbar.. Engkaulah sebaik2 perancang..Engkau datangkan ia bukan pada waktu yang lambat..bukan pada waktu yang cepat..tapi pada waktu yang tepat.. Allah.. :'(

INSYAALLAH. .kalau umur panjang dapatlah ambe sampai ke Tanah Suci.. bulan Februari tahun depan..sempena cuti semester ambe..hehe..
doakan ambe ya... moga hajat ini kesampaian...Aaminn...

tak sangka kan...ALLAH S.W.T. mendengar rintihan hati ini..rintihan hamba yang penuh dosa..Allah..Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

Kalam cintaNya "berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu"
Surah Ghafir ayat 60 :')

So, jangan pernah putus asa untuk berdoa..kerana Allah S.W.T. tidak pernah berhenti untuk mencintai hamba2Nya yang taat akan perintahNya..

Allah Ya Rabbul Alaminn..



Saturday 17 August 2013

TUDUNG KOSHIBO BIDANG 60

ok..sekarang ana sedang berjinak2 dalam perniagaan tudung muslimah.. ;) Alhamdulillah..moga2 ini dapat menambah kekuatan diri ana dalam penghijrahan ini. jemput ya sahabat2 yang dikasihi untuk singgah di page ana D'Nur Koshibo :)

Ana menjual dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan masing2.. kadang2, sesiapa yang beli banyak ana bagi less lebih lagi.. ;) misi utama bukan untuk keuntungan semata, tapi "YANG KETAT KITA LONGGARKAN, YANG PENDEK KITA LABUHKAN" hehe.. mudah2an Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita semua..Aaminn...

Saturday 20 July 2013

TAJWID AL-QURAN : MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF

Mengikut pendapat imam Ibn Al-Jazari jumlah bilangan makhraj yang umum terbahagi kepada lima bahagian:

1) Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong الجوف
2) Bahagian kerongkong الحلق
3) Bahagian lidah اللسان
4) Bahagian bibir mulut الشفتان
5) Bahagian hidung الخيشوم

kemudian, daripada makhraj yang umum lima bahagian ini dipecahkan menjadi 17 makhraj pecahan :

1) Makhraj Pertama : Dari rongga kerongkong hingga rongga mulut
huruf - alif (ا) wau (و) ya'(ي)
digelar juga sebagai huruf lingkungan udara (hawaiyyah) atau huruf lingkungan rongga(jaufiyyah)

2) Makhraj kedua : Pangkal kerongkong
huruf - hamzah(ء) ha'(ه)

3) Makhraj ketiga: Tengah kerongkong
huruf - 'ain( ع) ha' (ح)

4) Makhraj keempat : Hujung kerongkong
Ghain(غ) kha'(خ)

5)









Friday 19 July 2013

Mungkin aku cemburu

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahu Akbar.. tajuk yang mengarut kali ni..  btw, dah lama tak update blog ni ~_~
pertama, mungkin sibuk dalam penghijrahan diri..Allahu Akbar..\

ingat tak entry yg pernah ana update dulu..
http://nurhidayahjamaludin.blogspot.com/2012/09/somedayi-will-amin.html

huhh..tak sangka..tercapai juga impian pakai purdah..untuk kali pertamanya pada 8 april 2013..masa tuh ada program talk dekat masjid MMU melaka.. perasaan: hanya Allah S.W.T. yang tahu apa yg tersimpan dalam hati ni..

untuk kali pertama juga.. 23 jun 2013..ana pakai tudung macam ustazah gitu..ada jahit dekat depan macam tudung2 sekolah tuuu... tahu kan.. Allah...berat dah ni.. perasaan untuk berubah semakin membuak2.. dengarkan niatku Ya Allah..hanya keranaMu..

kadang2...malu..sebab dulu diri ni jahil..bukan sahaja malu dengan manusia...malah bertambah malu pada Allah S.W.T. ..ampunkan dosa2ku Ya Allah.. :'(

Allah..malunya diri ni..

apa kena mengena entry kali ni dengan tajuk "mungkin aku cemburu"..
ouhh..melalot dah ni.. :p
biarlah hanya Allah yang tahu dan Dia lah yang layak mengukur siapa diri ini.

sebenarnya, semenjak kebelakangan ni..tangan asik gatal je ber"facebook" dan tinjau2 kawan2 fb yg dah kahwin ketika usia muda.. Allahu Akbar.. mungkin aku cemburu..O_o

Allahu Akbar..mereka baik..mereka dapat pasangan pun yg baik2.. sedap mata memandang..

Ya Allah..cemburunya...

Oppss..sudahlah 'Dek Nur' jangan berangan..
Allah S.W.T. sudah tetapkan kehidupan masing2 di Luh Mahfuz sana..
biarlah waktu ini berjalan seiiring kehendakNya..

Janji Allah itu pasti.. surah An-Nur ayat 26 :)



Wednesday 13 February 2013

Uniknya hidup ini~

Kehidupan manusia ini berbeza-beza... itulah lumrah hidup seorang hamba. apa-apa pun..tak boleh lupa hari ni bila dapat berkenalan dengan seorang akak yang kahwin agak "muda"...huhu...
sekarang usia dia baru nak masuk 24 tahun...ada seorang anak yang berusia setahun lebih..

Banyak sejarah hidupnya yang dia ceritakan...bermula dari dia belajar STPM..sehinggalah...sekarang..hehe..banyak juga ilmu-ilmu "pregnant" yg dia ajar..huhu..

dia kata, selepas STPM .. kaunselor sekolah memang suruh semua murid isi borang universiti, yeelahh..perjalanan ni panjang lagi kan.. tapi tak bagi dia... dia kata kat cikgu, "dia nak kahwin".. :)

dia kata..masa tu pun dia ada kawan degan seorang lelaki... (dah jadi suami dah sekarang )
lepas je habis STPM, dia pun bertunang...tak lama lepas tuh terus kahwin..
tak sampai 5bulan kahwin...dia disahkan mengandung....

dia kata, waktu dia pregnant...memang dia ikut je kata mak dia..
 "orang tua kan lebih makan garam .." jadi,mungkin ada benarnya pantang larang orang dulu-dulu kan.. :)

akak tu kata, ada suatu masa tu dia pergi keduri kahwin, lepas tuh makan lah sayur nenas tu...makan sikit je...tapi sedap pulak kata dia kan..

lepas balik rumah tu dia kata, dia rasa lain macam je....sik nak ke toilet je..
lepas tuh. akak ipar dia yang pernah aada pengalaman gugur pun cakap...ittu mungkin tanda-tanda gugur...

jadi, dengan rasa cemas..dia pun pergi ke klinik..akhirnya dia dibawa ke hospital..


Syukur Alhamdulillah... bila di scan..kandungannya itu masih bergerak..

tak habis sampai tu...
dia cerita pengalaman dia melahirkan..Subhanallah...kadang-kadang rasa takut pun ada dengar pengalaman dia...ye lah...saya tak berpengalaman lagi kan... huhu..

tapi, akak tetap tersenyum ceritakan pengalaman dia...dia kata, Alhamdulillah..berkat dia mohon maaf daripada semua orang...dia dipermudahkan untuk bersalin...

Hee..kisah dia melahirkan anak, biarlah saya simpan sebagai kayu kekuatan untuk saya kelak..
InsyaAllah..moga Allah S.W.T. berikan kemudahan.... :)





Friday 8 February 2013

" May Allah S.W.T. forgive all your sins, and hope that mum and dad can get the happiest in Jannah...Aaminn.."

that only the prayer can be describes how much I Love you mum ~.~
and also u dad..... may u get the serenity there :(

ok, dah lama sangat rasanya tak update blog ni ~
nak update dengan bahan2 ilmu...tapi, mood tidak mengizinkan..

semalam, gi JB..buat passport.. untuk some activity next sem kat SINGApura :D
RM100.. mak support..~.~

lepas tuh, Laptop lama buat hal..ni dah ada laptop baru..mak belikan jugak...~.~
mak, terima kasih sangat2....
banyak pengorbanan mak untuk melihat Nur berjaya dalam hidup...tapi, Nur masih tidak dapat menjangkakan lagi tentang masa depan Nur......entah apa akan terjadi esok, lusa..

opps..tiba2 teringat kat minda ni...sik fikir pasal jodoh je,,,padahal banyak lagi benda lain yang perlu difikirkan melainkan cinta monyet ni.... cukuplah sekali, asalkan suatu hari nanti Nur bisa membuat mak rasa bahagia ada anak macam Nur... maafkan Nur juga jika Nur tidak kesampaian untuk membuktikannya...tapi, InsyaAllah...Nur akan cuba..


SAYANG MAK :)
SAYANG ARWAH BAK :)

Monday 7 January 2013

ALLAH S.W.T. MENJAGA RASULULLAH S.A.W. DARIPADA GANGGUAN UMMU JAMIL



Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. naik ke bukit Safa lalu menyeru orang Quraisy untuk berkumpul. Setelah semua hadir, Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Sekiranya ketika ini saya mengatakan kepada kamu bahawa pada pagi ini atau petang ini akan ada pasukan musuh menyerang kamu, adakah kamu akan percaya?” Dengan serentak orang itu menjawab, “Ya.”

Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Sekarang dengarkanlah. Sesungguhnya saya memperingatkan kamu akan datangnya azab yang pedih (di akhirat kelak).” Mendengar ucapan tersebut, Abu Lahab terus berkata, “Celaka engkau Wahai Muhammad, apakah hanya untuk mengatakan hal ini engkau mengumpulkan kami?”


“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.”  (Surah al  Masad 1-5)

Beberapa saat setelah turunnya surah tersebut, Ummu Jamil bergegas pergi ke Masjidilharam untuk mencari Rasulullah s.a.w.. Sementara itu, di tangannya tergenggam beberapa butir batu yang akan digunakannya untuk melempar Rasulullah s.a.w. Akan tetapi, ketika telah hampir, Allah S.W.T. membuat matanya tidak dapat melihat Rasulullah s.a.w. Akibatnya, dia hanya melihat Abu Bakar yang duduk di samping Baginda. Ummu Jamil lantas bertanya kepada Abu Bakar, “Mana temanmu itu?!”
Abu bakar yang memahami bahawa Allah S.W.T. telah menjaga Rasulullah s.a.w. daripada gangguan perempuan itu lantas bertanya dengan tenang, “Apa yang engkau inginka daripadanya?”
Ummu Jamil menjawab, “Saya mendengar bahawa dia telah mencaci maki saya. Demi Allah, sekiranya saya melihatnya nescaya saya akan leempar dia dengan batu-batu ini.”

Mendengar ucapan itu, Abu Bakar hanya menjawab, “Sesungguhnya dia bukanlah seorang penyair.”

Ummu Jamil lalu kembali ke rumahnya dalam keadaan marah. Sesampainya di rumah, dia mendapati suaminya, Abu Lahab sedang duduk dengan perasaan sedih bercampur marah kerana cemuhan orang-orang terhadapnya. Melihat hal itu, Ummu Jamil terus keluar kembali setelah terlebih dahulu menyatakan kepada Abu Lahab bahawa dia pasti akan menjadikan Muhammad menyesal terhadap apa yang telahdiucapkannya. Sejak saat itu, dia senantiasa mencaci maki Rasulullah s.a.w., mengumpulkan duri-duri dan najis-najis haiwan untuk ditebarkan di jalan-jalan yang sering beliau lalui. Akan tetapi, Allah S.W.T. sentiasa menjaga Rasul-Nya daripada gangguan perempuan itu. Sampai akhir hayatnya, kedengkian dan kebencian Ummu Jamil terhadap Rasulullah s.a.w. tidak pernah padam.

~Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mejaga manusia yang disayangiNya…dan melaknat manusia yang membenci kekasihNya…sehingga sudah tertulis nama mereka sebagai penghuni neraka…Nauzubillah..~
“Wanita yang diceritakan dalam Al-Quran “
By:  Ustaz Yusri Abd. Karim