Monday, 16 July 2012

ANDAI ESOK MASIH ADA ( 1 )


Mentari kian menampakkan wajahnya,  tetapi hari masih belum memperlihatkan keindahan dan kehijauan bumi tuhan yang begitu indah ini.  Kabus melindungi kehijauan,  kekuningan dan kemerahan tumbuhan yang serba warna.
Nur yang masih di buai mimpi lantas terbangun lantaran silau cahaya yang memancar di jendela menembusi tutupan matanya.
 “Hmm..sekarang baru jam 8 pagi,  awal lagi rupanya”
Nur melihat jam yang terpapar penuh di skrin handphonenya itu.  Nur sedar pagi-pagi begini mesti kakaknya sudah tiada di rumah.

             “Kak Lin..Kak Lin.  Hmm..pergi ke bandar lagi lah tu,  tak reti dok rumah agaknya”.

 “Erm…”  Nur memberanikan diri untuk memanggil ayahnya.  “Ayah..ayah..”  Nur menutup mulutnya untuk mendengar balasan panggilannya itu.  Namun,  tiada sahutan yang kedengaran di lubang telinga Nur.  Sejenak Nur terfikir,  mesti ayah kerja lagi.  Tapi, hari ini cuti umum, ke mana lah agaknya ayah pergi. Nur terdiam memikirkan sendiri ke mana ayahnya pergi.

“Ibu,  kalaulah ibu ada lagi tentu semua ini tidak akan berlaku.  Nur, Kak Lin dan ayah tentu tidak akan menjadi seperti sekarang”.  Bibir yang tertutup itu kian bicara lesu.

Ibu Nur telah meninggal dunia akibat penyakit barah darah yang dihidapinya sewaktu Nur berusia 10 tahun.  Kini,  umur Nur telah meningkat dewasa. Walaupun masih berumur 17 tahun,  Nur tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Tujuh tahun kematian ibunya bagaikan semalam kejadian itu berlaku bagi Nur.

Kehidupan Nur bagaikan seorang yang baru mula untuk melangkah ke alam kedewasaan.  Nur bersekolah di Sekolah Menengah Anjung Damai,  yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Nur kira-kira 300 meter sahaja.  Pada tahun ini,  Nur juga akan menempuh peperiksaan awam iaitu SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).  Apa yang Nur harapkan ialah kejayaannya dalam peperiksaan tersebut agar dapat memberikan kebahagiaan kepada keluarganya khususnya ayahnya yang telah bersusah payah untuk membiayai Nur bersekolah.





Angin yang menderu kian melemahkan
perasaan sayu hatiku..
pepohon melambai keriangan,
burung terbang sekawan ingin pulang ke sarang..
namun,  apa nasibku ini..
hanya berteman pena dan buku untuk meluahkan isi hati..
tiada tempat untukku mengadu..

Nur
Saturday-13 sept 2009


Begitulah perasaan yang Nur coret setiap kali di waktu senja.  Nur seringkali melayani perasaannya dengan mencoret madah untuknya mengadu.  Hanya madahnya sahaja yang bias membuatkan dirinya mendapat kepuasan dalam mengharungi nasibnya saban waktu. Waktu pun meninggalkan senja itu berlalu dengan begitu cepat. Bulan kian menampakkan serinya. Biasalah sebagai seorang pelajar sekolah Nur tidak dapat lari dari kerja sekolah yang berlambak diberikan guru. Malam minggu sebegini barulah Nur tergopoh-gapah menyiapkan kerja yang diberikan itu disebabkan dia yang selalu sibuk menguruskan hal rumah. Namun, walaupun begitu nasib yang menimpa dirinya tetapi Nur sudah terbiasa bak kata pepatah, “ Alah Bisa Tegal Biasa”.
 “Aduh, banyaknyer kerja yang cikgu beri ni..” merungut Nur keseorangan.
Nur tersedar daripada lamunan setelah mendengar alunan bacaan Al-Quran dari surau yang tidak jauh dari rumahnya. Matanya masih terkebil-kebil, sejenak membelek tugasan yang diberikan gurunya akhirnya siap jua walaupun dia terpaksa tidur jam 2 pagi, namun Nur tetap berpuas hati dengan hasil titik peluhnya menyiapkan tugasan tersebut. Langkahnya digagahkan untuk mandi dan mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat subuh.

“Ya Allah..hanya kepada-Mu aku berserah, memohon doa agar Engkau kuatkan langkah kaki ini..Engkau teguhkan keimanan di hati, Engkau jadikanlah hamba-Mu ini seorang wanita yang solehah, yang dapat menjaga jasad yang Engkau pinjamkan ini dengan sebaik-baiknya, menjaga maruah diri ini sebagai wanita segagah sumayyah. Ya Allah, terlalu sukar perjalanan yang aku lalui ini, namun aku tetap memohon kepada-Mu agar adanya sinar di hari esok untuk ku teruskan perjalanan hidup ini hingga akhir nyawaku..” Nur merintih kehadrat Ilahi memanjatkan doa agar dikuatkan hatinya dalam menempuhi ranjau kehidupan yang berliku. Tanpa seorang ibu di sisi sepastinya kehidupan yang dirasakan umpama malam yang gelap tanpa cahaya, di dalam kesamaran itulah Nur cekalkan hati untuk bangkit mengubah nasib keluarganya kelak.
Telekung yang dipakainya digantung rapi, lalu Nur mengorak langkahnya menuju ke dapur. Peti sejuk dibukanya lalu dicari-cari sesuatu yang boleh dibuat alas perutnya pada pagi itu.

“erm..ok lar jem kelapa nie, aku boleh oleskan kat roti”, digapainya jem kelapa yang ada di dalam peti sejuk itu, lalu diletakkan di atas meja yang terlihat roti kosong di situ. Nur segera mengambil sudu dan dioleskan jem itu ke atas roti untuk dibuat santapan pagi.
 Walaupun tidak seberapa, tetapi bagi Nur cukuplah roti itu dapat menampung perut kosongnya sebelum ke sekolah. Kelihatan terdapat beberapa keping roti lagi disiapkan di atas pinggan tersebut, sepastinya Nur sediakan untuk ayah dan kakaknya yang mungkin akan kelaparan bila bangun nanti.


****
“Nur….” tiba-tiba terdengar satu suara yang memanggilnya dari belakang. Tidak jauh dari Nur kelihatan Akim sedang mengangkat tangannya melambai ke arah Nur, langkahnya pantas menuju ke Nur. Nur hanya tersenyum melihat gelagat Akim itu.

“eh..Akim..ada ape ni tergesa-gesa” ujar Nur dipaut dengan senyuman manisnya.

“alar, Nur..mestilar saya tergesa-gesa, nak kejar buah hati saya lar katakan…” pandangan mata Akim tepat-tepat memandang ke arah anak mata Nur.

Nur hanya mampu menundukkan pandangannya ke bawah, ditakuti panahan mata Akim kan terus terpanah di hatinya. Akim hanya tertawa kecil melihat wajah Nur berubah kemerahan.
“heheh…Nur, saya gurau je tadi..erm, sebenarnya saya nak saing awak pergi ke sekolah”, ujar Akim dengan kejujuran hatinya terpanah sungguh dari sinar matanya.

“owh…” Nur menjawab ringkas namun, masih pelik dengan tujuan Akim yang tidak semena-mena itu. Di hati Nur terdetik, tak kan la orang kaya macam Akim ni nak berjalan kaki sekolah. Tiba-tiba suara Akim mencelah di sebalik kebisuan Nur.

“Nur..awak tak kesah kan kalau saya saing awak ke sekolah, lagipun kelas kita sebelah je kan..” ujar Akim meyakinkan Nur dengan hasrat hatinya.

“Erm..Akim, awak nak ke jalan kaki ke sekolah..bukan awak selalu dihantar driver awak ke kalau nak ke sekolah?” Nur bertanya disebabkan masih tidak percaya dengan hasrat Akim untuk bersamanya ke sekolah.

“Eh, awak ..dengar sini..kalau Nur nak tahu saya sebenarnya tak suka dihantar dan dijemput pergi sekolah macam tu, macam budak-budak..tol tak?” Akim melafaskan katakan sambil disambung dengan gelak tawanya pabila melihat wajah ayu Nur melemparkan senyuman manis kepadanya. 
Jelas kelihatan wajah tulus Akim ketika itu untuk jalan bersama Nur ke sekolah yang terletaknya tidak begitu jauh dari rumah mereka.

Dalam perjalanan, pelbagai soalan yang Akim ajukan kepada Nur. Maklumlah, Akim merupakan seorang pelajar baru yang baru sahaja berpindah dari Kuala Lumpur. Paras rupa Akim agak macho pada pandangan rakan-rakan Nur, tapi bagi Nur semua itu tidak memberi apa-apa makna untuknya melainkan Nur dapat bertemu dengan seorang lelaki yang soleh yang dapat menjadi ayah yang baik untuk anak-anaknya kelak.
Mata Akim benar-benar terpanah melihat gadis yang manis seperti Nur. Walaupun rupa parasnya tidak seberapa namun hati budi Nur membuatkan Akim benar-benar jatuh cinta pada pandangan pertama.

“ermm..awak janganlah tengok saya macam tu..seganlah”, bibir yang tadi tertutup rapat kini bersuara sambil matanya tunduk memandang jalan.

“Eh..sorry-sorry, I just terpaku bila tak sampai five minutes berbual dengan you I can judge that you is a good person..penampilan you sopan..sangat sesuai dengan dengan nama you Nur..” Akim melontarkan kata-katanya kepada Nur sambil melihat Nur yang terus tunduk sejak dari tadi. Akim begitu teruja bila dapat berkawan dengan gadis seperti Nur. Tutur katanya sopan, beradab dan ditambah pula tudung labuhnya membuatkan Nur terlihat lebih ayu berbanding perempuan lain.

“Akim..saya biasa je, tak lar sebaik yang kamu sangka..”, ujar Nur dengan seikhlasnya.

“erm…awak tahu tak, dekat KL tu, nak cari seorang perempuan macam awak pun susah Nur. Bukannya tak de yang bertutup, ada lar yang jugak, tapi mereka tetap tak sama macam kamu. Mungkin mereka menutup pada pandangan mata kasar, tapi hati mereka tak sebaik yang di sangka. Kadang-kadang mereka menutup pun disebabkan keaiban yang pernah menimpa diri mereka”, bicara Akim semakin membuat Nur tertanya-tanya. Di benak fikiran Nur pelbagai persoalan yang ingin ditanya tapi Nur hanya terdiam masih menjaga pergaulannya dengan Akim seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Mata bundar Nur masih terus melihat Akim yang semakin mesra berbual dengannya.

Langkah demi langkah diteruskan mereka. Mereka semakin rancak dengan perbualan mereka di samping dengan pelbagai persoalan yang ditanyakan Akim kepada Nur. Akhirnya, mereka tiba juga di depan pagar sekolah.

Kelihatan dari jauh ada mata-mata yang melihat mereka berdua, maklumlah seorang pelajar baru yang datang dari bandar tiba-tiba boleh berkawan dengan seorang budak kampung seperti Nur.

“weh..” suara kasar itu tiba-tiba menerjah masuk ke lubang telinga Nur, Kelihatan jelas di depan matanya Mas yang sedang mencelakan matanya dengan muka yang merah padam seakan bengang dengan tindakan Nur.
“Eh, Mas..ada apa ni..”, bicara Nur masih kebingungan dengan tindakan Mas yang menerjah secara tiba-tiba.
“Ade ape kau tanye??..ha..kau lupa ker..kau tu buruk, miskin..tak layak untuk Akim tu” suara Mas tegas dengan kata-katanya.

“owh..pasal Akim ke..saya tak der hubungan apa-apa dengan dia, tadi pagi dia Cuma nak berjalan sama dengan saya je ke sekolah, tu je”, ujar Nur ringkas kepada Mas. Di hati Nur bersuara mungkin Mas menyimpan perasaan kepada Akim. Tapi Nur masih tidak mengerti mengapa Mas perlu memarahinya sedangkan dia tidak berbuat perkara yang salah kepada Mas mahupun Akim.

“tu je..eh, Nur..kalau aku tahu kau ade hubungan apa-apa dengan Akim, nahas kau..”, suara Mas semakin dilantangkan sehingga kedengaran seluruh kantin di sekolahnya. Cawan minuman yang berisi air sirap dilemparkan betul-betul kena pada wajah Nur sehingga menyebabkan tudungnya basah kuyup. Sepantas dengan itu, wajah Nur berubah serta-merta, Nur terasa malu yang teramat sangat pabila diperlakukan sebegitu oleh Mas. Terasa longlai pabila ingin Nur melangkah, pergi meninggalkan mereka yang benci melihat Nur bahagia.

Jauh kelihatan di sana, seorang lelaki sedang memerhatikan Mas yang sedang bertekak suara kepada Nur. Langkah kakinya terus dimajukan menuju ke arah Nur yang sedang berdiri ingin berlalu pergi.


continue - ANDAI ESOK MASIH ADA (2)

Monday, 9 July 2012

Cinta dariMu ^_^




Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”



Friday, 6 July 2012

Mahabbah Cinta

dalam sunyi yang bertemankan madah luahan rasa..
mahabbah cinta untukNya..
ku titipkan salam rindu buatmu wahai pejuang sunnah..
tatkala dingin bayu yang menghembus ini mengembalikan detik kenangan yang pernah tercipta antara Adam dan Hawa.
benarlah bahawa lelaki yang baik itu hanya untuk wanita yang baik. dan sebaliknya..
demikianlah..ana menyuluh diri di dalam kegelapan yang masih tidak kelihatan Nurnya..
Moga hikmahnya kan sentiasa mengekori di sebalik langkah kerapuhan ini...

Thursday, 5 July 2012

Syurga itu manis ^_^


kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh lari dengan takdir Tuhan.. 
pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi untuk menuju ke tempat yang abadi di sana. Seringkali kita tertanya, mengapa Tuhan tidak membiarkan kita hidup terus di Syurga tanpa melalui ujian di Dunia ini.
Tahukah kita kenapa??
Kerana tidak semua di antara kita layak untuk hidup di syurga..
untuk melayakkan diri kita ke sana, IMAN kita perlu diuji,CINTA kita perlu sejati hanya untukNya.
kita tidak layak untuk masuk ke syurga jika kita ini hanya pembinasa dunia,
kita tidak layak untuk hidup di syurga andaikan peraturan dunia pun kita tidak mematuhinya..

Hidup ini adalah untuk kehidupan akhirat..
Hidup ini adalah untuk meraih CintaNya..
Kematian itu bukan suatu perpisahan, tetapi adalah satu pertemuan..
pertemuan kita semua pada Sang Pencipta..Allah S.W.T.
 dia yang Maha Agung memiliki kekuasaan dilangit dan di bumi..

Sedarlah wahai kaum Nabi Muhammad s.a.w. 
bahawa dunia ini hanyalah pinjaman sementara,
 suatu hari nanti, entah kapan pun... 
ataukah mungkin esok.. 
Pinjaman ini bisa diambil kembali..
pada waktu itu nanti, pabila sangkakala ditiup..
maka tertutuplah semua pintu taubat..
pada waktu itu penyesalan tidak berguna lagi.
jadi, selagi peluang masih ada..selagi nyawa pinjaman ini masih bisa menghembuskan nafas hela,
 selagi itu setiap detik dan saat kita perlu untuk bertaubat dan kembali padaNya..
Ampunilah hambaMu yang hina ini Ya Allah..




Tuesday, 3 July 2012

Al-Kahfi


Al-Kahfi


Air mata..

Suatu hari, 
seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”


“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.



“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”



Terima kasih Ya Allah ^_^


Tuesday, 26 June 2012


Ku melihatmu dari jauh..
bukan kerana kejengkelan pakaianmu..
Tapi, terkadang ku cemburu melihatmu sang Hawa..
Aku cemburu melihat dirimu yang tertutup indah..
Aku cemburu melihat cermin keperibadian dirimu…
Aku merasa cemburu kerana aku bukan wanita sepertimu..
Aku cemburu kerana aku tidak bisa memberikan sesuatu yang indah buat pemilikku..
Nyatalah..tiada layaknya diriku dimiliki sang Adam yang soleh..

Sunday, 24 June 2012

^_^ Always waiting ur "father and you" ^_^

Sayang..
Biarpun saat itu masih jauh..namun, hati ini sangat-sangat merindukanmu. Hati ini seperti mengharap dan menanti agar suatu hari nanti kau bisa tumbuh sihat di dalam rahim ibu.
Saat engkau mulai merangkak..saat engkau bertatih untuk berjalan..engkau akan terjatuh dan terus terjatuh..Tapi, jiwamu kental wahai sang juara. Akhirnya, engkau berjaya berdiri di saat ayah dan ibu melihat kerenah lucumu itu. Engkau berjalan di saat ayah dan ibu sedang menanti di hujung.. dan disaat itu sepastinya lagat comelmu membuat ibu dan ayah tersenyum bahagia.

Wahai anakku, ibu tak mampu menjanjikan kebahagiaan yang ibu dambakan ini andainya ibu gagal memilih seorang abi bagimu..maafkan ibu wahai anakku.
Sayang..
terkadang mimpi dan khayalan ibu terlampau jauh..sehinggakan ibu lupa siapa ibu sebenar. Ibu bukan wanita yang elok akhlaknya, bukan wanita yang sempurna imannya untuk mendapatkan anak sepertimu.. tapi, ibu masih mencuba untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untukmu kelak. Ibu cuba menebalkan iman di dada, tetapi seringkali juga ibu gagal. Ibu cuba menutup cela-cela aurat yang terlihat, tetapi terkadang ibu tersungkur jua. Hati ini terlalu lemah dengan dunia..diri ini tidak layak mendambakan seorang pemimpin sepertimu wahai anakku..

Semoga abimu sentiasa dilimpahkan Rahmat olehNya...