Tuesday 17 July 2012

ANDAI ESOK MASIH ADA (2)


“Pangg…” suatu bunyi kedengaran di sebalik Nur. Wajah bujur sirih itu segera memerhatikan apa yang berlaku di sebaliknya. Jelas kelihatan Akim sedang berdiri di hadapan Mas sambil Mas melekap pipinya yang merah ditampar Akim.

“Arrhh..” suara jeritan Mas nyaring membuatkan semua pelajar tertumpu ke arah mereka. Nur tidak tahu apa yang bisa dia lakukan lagi. Malu yang diperlakukan Mas terlampau mencengkam hatinya sehingga langkah Nur berlalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan yang serba salah.

“Ehh, Mas..how dare you buat Nur macam tu..siapa you…ha?”, persoalan Akim dengan wajah berang sambil membeliakkan matanya yang bulat itu tepat-tepat ke dalam anak mata Mas.

“hah, You ask me who I am??...hey, I yang patut tanye you siapa Nur tu, you baru je kenal dengan dia tak sampai satu hari you dah berani nak back up perempuan macam dia”, ujar Mas keberangan dengan tindakan Akim menamparnya.

“Haha..mungkin you lupa, kalau tak kerana papa I , tak mungkin you sekeluarga dapat hidup mewah seperti sekarang ni, you kena sedar..dari kecil I kenal you tau, I yang banyak tolong you dulu. Now pun you sekeluarga pindah sini sebab papa I tak nak pisahkan hubungan kekeluargaan yang telah lama kita bina dulu. Jodoh kita telah ditentukan semenjak kecil lagi, ini bermaksud I berhak amik tahu pasal you sebab one day you akan jadi suami I. You kena ingat tu!”, Mas benar-benar melepaskan segala hasrat hatinya yang sakit dek kerana tindakan Akim memback up Nur.

Akim hanya terdiam membisu, sepatah bicara pun langsung tidak keluar dari mulutnya. Di benaknya, dia sedari bahawa keluarga Mas memang banyak berjasa terhadap keluarganya malahan di tambah lagi dengan hubungan persahabatan antara ayahnya dan papa Mas yang membuatkan keluarga mereka benar-benar mesra.

Nur yang sementara masih berada di dalam washroom terus teresak-esak menangis.

“Apa salah aku sehingga aku diperlakukan sebegini, dimalukan sebegini. Aku tahu aku bukannya perempuan yang cantik dan kaya macam Mas, tapi aku ada harga diri.. harga diri yang aku jaga selama ni sebagai seorang perempuan”, Nur merintih tersedu-sedu meluahkan rasa hatinya sambil dipujuk oleh rakannya Nita.

“Nur, sabar ye..semua ni ujian untuk kau..Tuhan tahu kau kuat, sebab tu Tuhan bagi kau ujian macam ni” ujar Nita kepiluan sambil meringankan tangannya mengelap air mata Nur yang mengalir.

“Nita…aku tak sanggup dipermalukan depan semua orang, aku di hina! Aku ada harga diri Nita..aku ada harga diri”  ayat itu diulang berulang kali, air mata Nur semakin deras membasahi pipinya.

“Nur..kau seorang yang kuat Nur. Kau masih mempunyai harga diri sebab kau tak jadi seorang yang egoistik macam Mas. Harga diri kau lebih mulia daripada orang yang melemparkan kata-kata buruk tu. Tuhan masih sayangkan kau sebab tu Tuhan memberi kau air mata untuk kau tangisi. Kerana tangisan inilah kau akan sujud pada Tuhan meminta pertolongan”, kata-kata Nita penuh dengan semangat yang kental demi meredakan hati sahabatnya Nur.

****
Dalam deruan angin malam, Nur berdiri di jendela melihat pohon-pohon yang turut sama bergoyang dek kerana angin yang bertiup. Mata bundarnya kian berkaca kini, Nur masih terbayang apa yang telah berlaku pada siang tadi di sekolahnya. Wajah bengis Mas langsung tidak dapat dilupakannya, tatapan mata Mas masih terngiang-ngiang di benaknya.

“Ya Allah..aku serahkan segala-galanya kepada-Mu kerana Engkau kan lebih mengerti apa yang tersirat di hati. Tidak pernah terlintas pun di hati ini untuk mengenali seorang lelaki bernama Akim, tetapi Engkaulah yang telah mempertemukan kami. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sebaik-baik penentu hidup dan matiku”, Nur meluahkan rasa sendiri tanpa sedar titisan air mata mengalir hiba di pipinya. Nur terlena sendiri di buai bayu malam yang menghembus di samping rembulan malam yang tidak pernah letih menemani malam Nur yang kesepian.

 Malam itu, Nur teringat akan buku yang telah dibelinya tempoh hari. Lalu dibeleknya isi kandungan buku itu satu persatu.

“La Tahzan”, itulah tajuk buku yang di beli Nur tempoh hari atau bermaksud jangan bersedih karya Nurhawanis Othman.

“Maka wanita-wanita yang solehah adalah mereka yang taat kepada Allah S.W.T. dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka).”
(Surah An-Nisa’: Ayat 34)

Mukadimah yang tertulis di dalam buku tersebut membuatkan Nur mampu untuk melakarkan secubit senyuman di bibirnya. Walaupun Nur belum bersuami tapi Nur tahu jika dia taat kepada perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan larangannya, dia juga akan di jaga oleh Allah S.W.T..

Malam Nur terbuai antara lena dan tidak dek kerana masih mengingatkan tragedi yang telah menimpanya siang tadi. Sedaya upaya keterpaksaan ralip matanya juga terkunci rapi di samping buku La Tahzan yang dipegangnya .

            Pagi yang indah dirasakan hari ini, apa yang Nur harapkan Akim tidak akan menjengah di tengah perjalanannya nanti. Apa yang Nur takutkan ialah pabila Mas cuba untuk menjatuhkan  maruahnya seperti semalam. Nur sedar bahawa dia gadis yang serba kekurangan dan tidak mungkin dapat berkawan dengan jejaka pujaan gadis-gadis di sekolahnya seperti Akim, namun Nur masih mempunyai harga diri yang tinggi sebagai seorang perempuan.


“Hei Nur”, suara itu jelas kedengaran di anak telinga Nur. Terasa langkahnya ingin berlari seribu batu namun, apakan daya dia hanya seorang perempuan. Nur mengambil keberanian itu untuk menoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi, matanya mengerlip melihat susuk tubuh seorang lelaki di belakangnya.

“eh…eh..” suara Nur masih tergagap-gagap pabila melihat seorang lelaki yang memanggilnya tadi ialah Akim.

“Nur, awak dah tak nak kawan dengan saya lagi ker?” Akim melontarkan suaranya ke arah Nur sambil kakinya gegas berjalan mendapatkan Nur. Setibanya di sisi Nur, Akim memandang tepat ke arah sepasang mata bundar Nur yang seakan-akan terpaku melihatnya.

“Nur, pada tadi saya tunggu awak lalu depan rumah saya ni. Saya tak berniat jahat pun nak jumpa awak ni, sebenarnya saya nak minta maaf atas kejadian semalam yang menimpa awak. Saya harap awak dah faham sangat dengan perangai Mas yang panas baran tu kan”, Akim meneruskan kata-katanya sambil riak wajahnya sungguh penuh dengan rasa bersalah.

“Akim..ini semua bukan salah awak pun buat ape awak nak minta maaf. Lagipun, ini memang salah saya. Saya sedar diri saya sape, memang betul kata Mas semalam. Saya tak layak nak berkawan dengan awak, awak orang kaya sedangkan saya hanya orang miskin. Ayah awak businessman tapi ayah saya penoreh getah je. Saya memang tak layak kawan dengan awak”, mata sayu Nur benar-benar menunjukkan keseriusannya pada bicara itu. Nur menatap dua biji mata Akim yang kian berasa bersalah.

“Maaf Akim, saya nak cepat ni..” kata-kata Nur kian mengakhiri bicaranya pada Akim. Wajah Akim benar-benar berubah, matanya seakan-akan mahu mengalir air mata jantan, tapi cuba ditahannya daripada jatuh wajah macho dia itu nanti.

Nur mengorak langkah pergi meninggalkan Akim yang kian terpaku membisu semenjak dari tadi. Di hati Nur hanya Tuhan yang tahu betapa sukarnya perit sebuah maruah yang telah terguris dek kerana seorang lelaki seperti Akim. Nur benar-benar bertekad untuk cuba menjauhi Akim daripada terus hadir dalam hidupnya dan menjadi kenangan yang pahit untuknya.

Setibanya di Sekolah, ternyata kelihatan sekumpulan perempuan yang sedang menunggu Nur semenjak dari tadi, jelas di mata Nur muka garang Mas yang sedang memerhatinya. Mas dan kawan-kawannya mendekati Nur yang sedang berjalan menuju ke arah kelas.

“Weii Nur, tadi kau berjalan dengan sape ha?”, Mas bersuara menanyakan persoalan yang bakal membuat Nur dimalukan lagi seperti semalam.

“Eh..Mas. Nur berjalan sorang je tadi..”, bibir Nur tergagap-gagap membuka bicara pada Mas. Betul ni kau jalan sorang, kalau aku tahu kau jalan dengan Akim lagi, nahas kau aku kerjakan”, Mas membentak Nur sambil tangannya diangkat menunjuk ke arah muka Nur sebagai tanda amaran untuk menjauhi Akim. “Dengar tak?”,Mas meneruskan kata-katanya sambil diikuti dengan anggukan kepala Nur. Mas menyusun langkah pergi bersama kawan-kawannya sambil bahunya sengaja disinggung kasar ke bahu Nur.

Jauh dari pandangan Nur, Nur melihat ada seseorang yang sedang memerhatinya, Namun, Nur hanya membiarkan lantas langkah kakinya disusun rapi untuk masuk ke kelas yang jauhnya tidak kurang 50 meter dari tempat dia berdiri.

Pembelajaran hari itu dijalani Nur dengan penuh konsentrasi, maklumlah tahun ini Nur akan menjalani peperiksaan awam, jadi Nur tidak mahu sebarang permasalahan yang timbul antara dia dan Akim akan mengganggu pembelajarannya. Nur inginkan yang terbaik untuknya dan semua ini sepastinya yang dapat menentukan nasib keluarganya kelak.

“Kringgg…” lonceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua pelajar.

“Nur..yuk ke kantin…”, sapa Nita rakan baiknya itu.
“tak lar Nita. Kau pergilah dulu, aku tak lapar lagipun pagi tadi aku dah sarapan”, Nur cuba menyelindung rasa laparnya itu kepada Nita kerana pada hari itu Nur tidak mempunyai duit belanja.

“Owh..ok lar law macam tu, aku pergi dulu ye”, bicara Nita meninggalkan Nur sendirian di kelas. Langkah Nita terus hilang dri pandangan Nur.

Nur memegang perutnya ditekanya perutnya supaya rasa laparnya itu hilang. Air masak yang dibekal dari rumah diteguknya bagi menghilangkan dahaga tekaknya itu. Di sebalik wajah suci Nur, teringin benar dia memiliki hidup seperti orang lain yang hidupnnya mewah dengan wang ringgit. Sedangkan kehidupan yang Nur miliki sekarang hanyalah serba kekurangan, untuk merasa sesuap nasi pun susah. Maklumlah pendapatan ayahnya tidak menentu bergantung pada pendapatan menjual getah daripada kebun yang sekangkang kera.

Dalam lamunannya sambil menahan lapar perutnya itu, tiba-tiba dia ditegur satu suara yang datang “Nur..”, segera mata Nur melihat ke arah suara yang memanggilnya. Ternyata sekujur tubuh yang di kenalinya berdiri tegak di depan pintu kelasnya itu.

“Nur tak pergi rehat ker? Tadi saya terserempak dengan Nita,tapi saya tengok Nur tak der dengan dia, sebab tu saya datang sini”, ujar Akim melempiaskan kata-katanya.

“Owh, ha ar..hari ni saya tak ke kantin,lagipun perut saya dah kenyang sarapan dekat rumah tadi”, bicara Nur lembut. Wajah Nur was-was ditakutkan Mas melihat Akim yang berada di situ.

“Erm,awak kenyang ke sarapan pagi kat rumah tadi?”, Akim kian menyambung kata-katanya.

“Tak lar kenyang sangat,tapi boleh lar untuk mengalas perut ni”, ujar Nur cuba dengan harapan dapat menutup rasa laparnya daripada diketahui Akim.

“Owh..Erm, Nur..” Akim menatap betul wajah bujur gadis di depannya. Nur hanya mengangkat keningnya itu tanda menyahut kata-kata Akim.

“Hujung minggu ni Nur pergi mana-mana tak?, Akim ingat law Nur tak pergi mana-mana, saya nak ajak Nur pergi taman”, Akim menyatakan niat tulusnya ingin berjumpa Nur pada cuti hujung minggu. Nur hanya terdiam seketika. Ingin dikatanya tidak, nanti Akim akan kecil hati, tapi kalau hendak diterimanya pelawaan itu takut diserangnya dengan Mas bak kata pepatah “Diluah mati emak, Ditelan mati bapak”.

“Ermmm..”

“Nur…Akim tak paksa pun kalau Nur tak nak, tapi sekurang-kurangnya Akim ingin bertemu dengan Nur sebelum peperiksaan. Ye lar peperiksaan hanya tinggal dua minggu je lagi kan”, ujar Akim dengan riak wajah simpati yang benar-benar mengharap jawapan yang tidak menghampakan dari Nur.

Kepala Nur masih lagi tertunduk, masih lagi memikirkan jawapan yang ingin diberinya kepada Akim. Akhirnya Nur terpaksa akur, Nur mengangguk menandakan tanda setujunya untuk berjumpa dengan Akim di taman pada cuti hujung minggu ni.

“pukul berapa”, Nur kian bersuara menanyakan Akim dengan wajahnya yang memberi sedikit peluang untuk Akim berjumpanya. Kelihatan Akim tersenyum manis memperlihatkan lagi kekacakan wajahnya itu.

“betul ke ni Nur?, kalau macam tu Akim tunggu Nur dekat taman hari sabtu ni lepas asar. Ok?”, Akim begitu gembira pabila Nur memperlihatkan tanda setuju untuk berjumpa dengannya di hujung minggu nanti.

Bibir ayu Nur hanya tersenyum manja tatkala melihat gelagat Akim yang benar-benar excited di tambah lagi dengan persoalan Akim yang dirasakan tidak memerlukan jawapan dari Nur.

No comments: