Thursday 2 August 2012

~Majaz Sastera~


Santun aksara bermelodi..
Petaruh buat nakhoda yang sunyi..
Buat jentayu yang sepi..
Dan juga nadim yang Sali.

Di peterana patih berhujah..
Rentak seturi berbeza makalah..
Bukan malim jauhari lembah..
Hanya mantik masnawi lelah.

Pergam gempita nyaring bersuara..
Kiara gemala terang sirnanya..
Majaz sastera hikayat gaya..
Ilham kalut si tua.


♥ by: Dek Nur - 2 Ogos 2012- 11.42pm ♥
~ Hasil pengolahan bahasa sastera ~
^_^ Tersirat pada maknanya ^_^

No comments: