Wednesday 29 August 2012

Tinta khas untukmu... BAKAL SUAMIKU

Tinta ini saya lakarkan di suatu hari dengan penuh rasa kasih..
suci dari hati ini untuk seorang lelaki yang akan menjadi pemilik saya suatu hari nanti..

Siapa pun dia..Insyaallah..saya akan terima takdir dari Allah S.W.T.

tapi ketahuilah 1 luahan hati yang terakhir sebelum saya bergelar seorang isteri..

"Awak..setiap detik itu masih berharga untuk awak memilih masa depan awak.." =)

bacalah coretan hati ini moga-moga awak nampak jalannya..



 “ESOK AKU AKAN MENJADI MILIKMU”

Bakal suamiku..

Hari esok kita akan menikah. Tapi sebelum lafaz ijab dilafazkan olehmu, aku sangat berharap agar kau dapat berfikir yang sewajarnya untuk menjadikan aku sebagai isterimu. Aku tidak mahu kau menyesalinya suatu hari nanti. Aku tidak mahu engkau menangis malu mengenangkan isterimu yang penuh dosa.

Ya..
Aku wanita yang jahil tentang agama..ilmu yang ada hanya serapuh ranting tua. Terkadang hari ini aku sendiri terkandas dalam kehidupan yang penuh noda. Aku sendiri pernah mempamerkan dosa dengan relanya. Imanku terlalu lemah dengan godaan dunia. Aku hanyalah wanita yang tidak layak dimiliki oleh sesiapa pun kerana aku wanita yang berdosa. Lantaran itu, layakkah aku menjadi isterimu??

Bakal Suamiku..

Surat ini ku tuliskan tulus dari hatiku yang terdalam. Penuh ku layarkan dengan dosa yang pernah ku lakukan di waktu silam. Tersenyumlah..kerana kau bakal bernikah dengan wanita yang rendah martabatnya. Ketawalah sepuasnya kerana titip kata ini tidak lain ku coretkan hanya untukmu bakal Imamku. Maka, layakkah aku yang kau nikahi??

Ketahuilah bakal suamiku..

Aku tidak dapat menjanjikan untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Aku juga tidak dapat menjanjikan untuk berjaya mendidik mereka menjadi anak yang taat kepada perintah Allah S.W.T. kerana aku sendiri wanita yang jahil. Justeru, layakkah aku menjadi isterimu??

Bakal suamiku..

Mungkin sebelum ini kita bahagia melafaz kata cinta..tapi kita tidak akan tahu apa yang mungkin terjadi di hari esok. Langit tak selalunya cerah..bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Mungkin esok, aku khilaf terhadap janji pernikahan ini. Mungkin esok aku juga lupa dengan tanggunjawabku sebagai isteri. Mungkin esok petir kan menumbangkan pohon yang kita tanam bersama. Layakkah aku menjadi pedamping hidupmu??

Bakal Imamku..

Aku hanya sebatang pena yang bertemankan puisi dan bersahabat air mata. Aku tidak mampu memilih melainkan menerima segala ketentuan Illahi. Dia yang Maha Pencipta dan memiliki kebesaran di seluruh alam ini. Mudah-mudahan takdir yang menemukan kita ini adalah 1 perancangan yang baik meskipun aku wanita yang kekurangan Ilmu agama. Tetapi, fikirlah dengan sebaik-baiknya selagi detik itu masih ada untukmu. Fikirlah di hari ini agar kau tidak akan menyesal di hari esok. Semoga di hari pernikahan kita esok..kau tidak akan menangis tersiksa untuk menanggung dosa bakal isterimu ini.
Fikirkanlah bakal suamiku….adakah wanita ini layak mengisi ruang hidupmu??

Bakal Isterimu
N -14 april
29 julai 2012/9 ramadhan

No comments: