Tuesday 28 August 2012

Bila Jahilnya Diri

Suatu hari tu, tiba-tiba hati terbuka nak lakukan sesuatu perubahan dalam hidup.. Mungkin juga 1 perubahan yang akan berkekalan sehingga akhir nyawa ni.
Bila teringat tentang janji Tuhan dalam setiap bait Al-Quran yang di baca..aku mula sedar yang hidup ini hanyalah untuk mati. Jauh dalam benak hati ni teringin sungguh aku hidup bahagia dalam syurga, percayalah..aku ingin berubah.. 

menjadi wanita yang sepertinya di atas...biarpun tidak cantik di mata manusia, namun aku ingin benar terlihat cantik di mata Allah S.W.T. 

ya, aku perlu mulakan hari ini.
sebelum melakukan hijrah yang besar ini..aku mesti melakukan sedikit demi sedikit..
entah kenapa aku merasa malu dilihat orang..bahkan untuk dilihat ibu sendiri.

Hari tu, aku mula menyarungkan sarung tangan di lengan...dan mula memakai sarung kaki. Fuhh..rasa lain sungguh bila memijak lantai rumah dengan memakai sarung kaki.
Aku mula bergegas langkah ini pergi ke kedai....aku meggapai kasut tertutup bagi mengelakkan orang lain melihat stokin di sebalik kasut yang aku pakai..

Sepanjang perjalanan ke kedai..aku malu sungguh..mungkin di benak ku..orang sekeliling melihat stokin yang aku pakai.  Ahhh..aku peduli apa, mereka ada mata untuk melihat, tak kisah lah mereka cakap apa. 
Aku tahu ..niat aku kali ni sangat kuat..lebih2 lagi..hari ni hari ramadan...aku mesti berhijrah!!

selepas pulang dari kedai..bagaikan bebunga2 hati ni..langkah ku yang pertama dah berjaya..jadi aku mesti lakukan langkah yang seterusnya..

Bila kita dekat dengan Allah S.W.T. ,maka Allah S.W.T. akan sentiasa dekat dengan kita...jadi setiap kali lepas solat aku akan sentiasa berdoa.. "Ya Allah Ya Tuhanku,,Engkau jadikanlah aku seorang wanita yang baik, Engkau jadikanlah aku seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa serta jadikanlah aku seorang isteri yang solehah kepada pemilikku suatu hari nanti...serta Engkau redhailah setiap apa yang ku lakukan dalam hidup ini.." Amin Ya Rabbal Alamin..

sungguh, diri aku benar2 jahil..untuk menutup aurat pun aku malu dengan manusia.. sepatutnya, aku malu dengan Allah S.W.T. .Selama ni aurat aku terbuka tanpa batasan...aku jahil...

Hari ini, sejujurnya hati aku masih belum kuat..aku memerlukan seseorang yang boleh menguatkan hijrah aku kali ni. Aku teringin masuk syurga...walaupun aku tahu, bau nya pun tidak mungkin bisa aku hidu dengan kejahilan diri ini. Ampuni diriku Ya Allah..

Hati selalu berbisik..aku memerlukan seorang suami yang bisa menjadi guru untukku dan anak2ku kelak....


tapi bagaimana aku bisa memilih jodohku sedangkan semuanya aturan Allah S.W.T. 
Dalam surah An-Nur ayat 26 pun mengatakan..wanita yang keji hanya untuk lelaki yang keji.. Astaqfirullah al -Azim... jauhi kekejian itu dari hatiku Ya Allah..

Menangis hati ni bila memikirkan masa hadapan...masihkah ada peluang untuk aku mengubah nasib anak dan keturunanku jika datangnya dari benih yg jahil seperti aku...

Jauh di sudut hati..aku teringin mempunyai keluarga seperti ini.. 
keluarga yang selalu dekat pada Agama...Cinta padaNya..
mudah-mudahan Ya Allah...Amin..

"Ya Allah..bila aku merasakan jahilnya diri ini...di situlah adanya sebutir Iman yang menjadi penguat hati...berkahilah niatku..Ampunilah dosa2 kemaksiatan ku yang lampau...jadikan aku wanita yang menyerahkan cinta hanya untukMu Ya Allah ...jadikanlah aku hambaMu yang solehah...dunia dan akhirat.. Amin Ya Rahman..Amin Ya Rahim..Amin Ya Zaljalalliwal ikram...."






3 comments:

Hidayatullah said...

ok da tau ape url blog. haha

Unknown said...

ok..fine,>__< dah update bisnez lom?? xD

Hidayatullah said...

blom. tggu lah