Monday, 30 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Dengarlah Duhai Lelaki ~.~
~Cinta yang ku bina ini hanya kerana Allah S.W.T.
~Terpaut kasihku padamu adalah ketentuan Allah S.W.T.
~Sayang ini adalah kasih dariNya
~Kerinduan ini juga titipan dari Allah S.W.T.
~Jadi, ku mohon kepada bakal imamku kelak agar engkau jadikanlah aku sebaik-baik wanita yang dikasihi Allah S.W.T.
~Terpaut kasihku padamu adalah ketentuan Allah S.W.T.
~Sayang ini adalah kasih dariNya
~Kerinduan ini juga titipan dari Allah S.W.T.
~Jadi, ku mohon kepada bakal imamku kelak agar engkau jadikanlah aku sebaik-baik wanita yang dikasihi Allah S.W.T.
Semalam ~.~
kata-katamu..sungguh menikam kalbu...
bicaramu..panah yang tertusuk jantungku...
semalamku..hanya bermimpi indah bersamamu..
serahkan hati pada dirimu yang sudi..
tapi...kian lara ku rasakan ..
hancurlah hatiku dikecewa oleh janji palsu..
bulan pun tidak bersinar lagi..
bintang pun tiada seri..
dimana "setia" yang kau janjikan..
di mana bahagia yang diimpikan..
di manakah sayang..
kau campakkan hati itu..
semua memori menjadi duri..
hadirmu sayang..bagaikan rembulan...
bagaikan kerdipan bintang di langit malam..
indah terlihat dari pandangan..
tapi kaca di hatimu sungguh melukakan
hatiku..
bicara semalam..hanyalah khayalan..
jerat dunia pada melodi cinta"kita''..
kini...segalanya telah nyata..
kita tak kan pernah bersama..
created by:
Nurhidayah Binti Jamaludin
12.29 am
sat(28 mei 2011)
Rasa Itu A..
Rasa itu ada..
bila mana hadirmu
mencoret
setangkir tawa,
Rasa itu ada..
tatkala katamu menjadi
pengubat
luka di dada,
Rasa itu ada..
bila senyumanmu
membuakkan
bahana cinta,
Rasa itu ada,..
tatkala kejujuranmu mencuri
hatiku yang lara,
Rasa itu pasti ada..
keranamu terima diriku seadanya..
Rasa itu ada padaku
bersemadi,,
malangnya bagiku
hatimu telah di miliki
olehnya..
Rasa itu ada..
tapi terlewat sudah bagiku
meluahkan bibit
rasa itu A...
24 feb 2010(wed)
01.44am
Titisan..
Air mata..
derasnya engkau membasahi pipi..
terkenang kenangan yang pernah tercipta..
memori kita di taman indah..
mnyingkap kerinduan di usia remaja..
Tanpa sedar..
ia mengalir lagi..
bagai ku tahu esok ku kan meniggalkan semua..
hidup di dunia...
hanya ranjau berliku
yang ku tempuh..
Air mata..
mengenangkan kasih antara "kita"..
terkenang wajah dia yang ku sayang..
sejujurnya..
hanya dia yang terbaik..
ku temui 1 dalam 1000...
Air mata..
rindu ku pada kenangan yang berlalu pergi..
tak terkata oleh bicara hati.
sayang....wajahmu yang ku mimpi..
nak ku sentuh...tapi,,
engkau jauh di sana......
Titisan air mata...
moga ini yang terakhir untukmu..
walau..sayangku tak pernah berubah..
tapi "kita" masih derita..
hati "kita" sama-sama terluka...
moga "kita"
akan temui bahagia di sana...
SEMALAMKU…
Detik yang berlalu..
Hadirnya membuat bahagia..
Saatnya tertawa..
Saat melodinya berlagu untukku..
Saat katanya menjadi pengubat lara..
Alangkah bahagia hadirnya teman seperti “Dia”..
Tapi..
Kebahagiaan yang bertamu bagai sebentar
Kini hanyut dilambung ombak yang menerjah..
Tawa ku rapuh di ranting tua,
Senyumanku hilang pabila senja.
Pabila tirai malam berlabuh…
Tiada lagi gemersik alunan...
ku nanti angin bayu..
tapi, tidak sedikit pun seperti “Dia”.
Hadirnya hanya Desiran pantai..
yang dibawa ombak waktu …
created by: Dek Nur ~.~
3.35 am
sunday-1/1/2012
~Norafizah Zulkiple~
Layarnya pernah
berlabuh di hati..
singgahnya di
pelabuhan "sepi"..
dalam hati seorang
wanita "sejati"..
duhai
"kasih" yg dirindu..
Air matamu adalah luka
di hatiku..
sakit yg kau rasa
adalah calaran luka bagiku..
ketahuilah.. hatimu
gagah disalut keindahan semu..
kekuatanmu adalah
tunjang peribadi..
biarpun ombak itu
datang silih berganti..
biarpun badainya
umpama api..
tapi, ku tahu..
engkaulah wanita yg
kuat menghadapi..
Coretan puisi khas
untukmu..
biarpun mata kita
tidak pernah bertemu..
tp,sejujurnya..
kekuatan hatimu
Norafizah Zulkiple..
adalah wacana untukku
menyuluh diri..
Norafizah..
Biarlah kelam mimpi
lalu..
susunkan langkah
hadapi realiti..
biarlah air mata itu
terus mengalir..
bersama sungai yang
tak pernah berhenti..
agar adanya secubit
rasa untuk terus mencintai..
Istikharah tempat
kembali..
sujudmu wanita yang
merindu..
mencari petunjuk dari
Illahi,
biarpun sayangmu berlagu
dalam sendu..
Norafizah..
penantianmu adalah
seksaan yang tak berpenghujung..
kesetiaanmu adalah
perjuangan sebuah harga diri..
melakar sifat indah
wanita "sejati"..
tapi, Iman
"dia" lemah...
tidak sekuat Norafizah
Zulkiple..
ketahuilah...
doa tulus ini hanya
untuk seorang "kasih" yang dirindu..
"Moga Cahaya
hafalan ini bertemu seorang Imam yg pantas memiliki"..
Dek Nur
12.45pm
Friday-10 Feb 2012
Wanita solehah itu siapa?
wanita solehah itu
apabila dilihat pada dirinya hati menjadi tenang. Hati menjadi tenang kerana
peribadinya ataupun akhlaknya yang baik. Sabda Nabi , '"dunia yang paling
aku sukai adalah wanita solehah".
Bercakap mengenai
wanita,tidak asing lagi dengan perkataan berhias. Wanita solehah semestinya
berhias hanya untuk suami. Namun,apabila berhias untuk keluar dari rumah,itu
bukan dipanggil solehah tetapi tholehah. Maknanya di sini,kalau seseorang
wanita ingin bergincu merah,memakai pemerah pipi dan juga memakai wangi-wangian
hanyalah untuk suami yang tercinta.
Namun,ada pendapat daripada ulama' Tabrani
mengatakan bahawa boleh gincu itu dilorekkan keatas bibir tetapi sekadar
mengelak wanita itu kelihatan kusut masai. Almaklumlah wanita apabila tidak
memakai gincu nampak kelihatan seperti mayat yang sedang berjalan. Oleh itu,
untuk mengelak daripada kelihatan sebegitu,wanita dibenarkan untuk memakai
gincu namun ala kadar sahaja. Bukan warna yang merah menyala seolah-olah
seperti singa yang ingin menggoda.
Kemudian,ulama' juga
membenarkan wanita memakai cincin dan juga perhiasan lain seperti gelang.
Namun,dalam bab pemakaian gelang perlu ada satu kain di bawahnya untuk menutup
pergelangan tangan kerana jangan lupa bahawa pergelangan tangan adalah termasuk
dalam aurat wanita.
Cuba bayangkan wanita pada zaman sekarang memakai gelang.
Ya,memang sangat cantik namun ada satu lagi yang berjalan seiring dengan
kecantikan yang dikecapi oleh pemakai gelang iaitu dosa kerana menampakkan
pergelangan tangan kepada orang ramai.Bercakap mengenai
perhiasan,ia tidak mengikut kepada hawa nafsu kita. Sebaliknya ia berpandukan
kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Setakat ini tiada lagi dijumpai kaedah untuk
wanita berhias kerana darurat,kerana kerja dan sebagainya.
~ tak rugi pun jadi wanita solehah,bahkan lagi
menguntungkan dunia dan akhirat ~
Subscribe to:
Posts (Atom)