Monday, 7 January 2013

ALLAH S.W.T. MENJAGA RASULULLAH S.A.W. DARIPADA GANGGUAN UMMU JAMIL



Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. naik ke bukit Safa lalu menyeru orang Quraisy untuk berkumpul. Setelah semua hadir, Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Sekiranya ketika ini saya mengatakan kepada kamu bahawa pada pagi ini atau petang ini akan ada pasukan musuh menyerang kamu, adakah kamu akan percaya?” Dengan serentak orang itu menjawab, “Ya.”

Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Sekarang dengarkanlah. Sesungguhnya saya memperingatkan kamu akan datangnya azab yang pedih (di akhirat kelak).” Mendengar ucapan tersebut, Abu Lahab terus berkata, “Celaka engkau Wahai Muhammad, apakah hanya untuk mengatakan hal ini engkau mengumpulkan kami?”


“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.”  (Surah al  Masad 1-5)

Beberapa saat setelah turunnya surah tersebut, Ummu Jamil bergegas pergi ke Masjidilharam untuk mencari Rasulullah s.a.w.. Sementara itu, di tangannya tergenggam beberapa butir batu yang akan digunakannya untuk melempar Rasulullah s.a.w. Akan tetapi, ketika telah hampir, Allah S.W.T. membuat matanya tidak dapat melihat Rasulullah s.a.w. Akibatnya, dia hanya melihat Abu Bakar yang duduk di samping Baginda. Ummu Jamil lantas bertanya kepada Abu Bakar, “Mana temanmu itu?!”
Abu bakar yang memahami bahawa Allah S.W.T. telah menjaga Rasulullah s.a.w. daripada gangguan perempuan itu lantas bertanya dengan tenang, “Apa yang engkau inginka daripadanya?”
Ummu Jamil menjawab, “Saya mendengar bahawa dia telah mencaci maki saya. Demi Allah, sekiranya saya melihatnya nescaya saya akan leempar dia dengan batu-batu ini.”

Mendengar ucapan itu, Abu Bakar hanya menjawab, “Sesungguhnya dia bukanlah seorang penyair.”

Ummu Jamil lalu kembali ke rumahnya dalam keadaan marah. Sesampainya di rumah, dia mendapati suaminya, Abu Lahab sedang duduk dengan perasaan sedih bercampur marah kerana cemuhan orang-orang terhadapnya. Melihat hal itu, Ummu Jamil terus keluar kembali setelah terlebih dahulu menyatakan kepada Abu Lahab bahawa dia pasti akan menjadikan Muhammad menyesal terhadap apa yang telahdiucapkannya. Sejak saat itu, dia senantiasa mencaci maki Rasulullah s.a.w., mengumpulkan duri-duri dan najis-najis haiwan untuk ditebarkan di jalan-jalan yang sering beliau lalui. Akan tetapi, Allah S.W.T. sentiasa menjaga Rasul-Nya daripada gangguan perempuan itu. Sampai akhir hayatnya, kedengkian dan kebencian Ummu Jamil terhadap Rasulullah s.a.w. tidak pernah padam.

~Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mejaga manusia yang disayangiNya…dan melaknat manusia yang membenci kekasihNya…sehingga sudah tertulis nama mereka sebagai penghuni neraka…Nauzubillah..~
“Wanita yang diceritakan dalam Al-Quran “
By:  Ustaz Yusri Abd. Karim

Wednesday, 14 November 2012

1 Muharam 1434 Hijrah

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...
hari ni genap 1 Muharam 1434H..
Alhamdulillah..


"SALAM MA'AL HIJRAH UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT"

semoga tahun baru hijrah kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya..InsyaAllah..

sepastinya...ramai yang meletakkan hijrah baru dalam hidup mereka sempena hijrah kali ni...tapi, bagi ana seperti biasanya...doa yang ana minta pada Allah .S.W.T. tetap sama seperti ramadan yang lalu...dan ditambah lagi dengan misi-misi baru untuk menghijrahkan diri dan mengabdikan Cinta ini hanya untuk Pencipta Ya Rabbul Izzati...

Subhanallah..
Allah Maha pemelihara langit dan bumi,
perkenankanlah doaku Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa lalu ku Ya Allah..

sesungguhnya diriku pernah menzalami diri sendiri disebabkan godaan Syaitan yang terkutuk, Nauzubillah..
Jauhkan diriku daripada godaan mereka Ya Allah..

"...berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu."
Al-Mukmin ayat 60

biarlah Allah S.W.T. je yang tahu apa yang saya inginkan selama ini..bukankah Allah S.W.T. itu menjanjikan sesuatu yang baik untuk hambanya yang taat kepada perintahNya..mudah-mudahan..
zuhud cintaku hanya untukNya..















Sunday, 4 November 2012

Inikah tandanya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..
selama ana hidup 20 tahun di dunia ni, inilah kali pertama ana memakai tudung bidang 55 ..
inilah cubaan ana yang pertama setelah ana baluti aurat ana dengan kain, demikianlah ana cuba membalutinya dengan yang "lebih baik" InsyaAllah..

Subhanallah..
Inikah tandanya Ya Allah..

Walau tak selabuh mana tudung ini, tapi sudah cukup membuatkan ana rasa satu jiwa atau roh yang baru hadir dalam hidup ana..

Subhanallah..

rupa-rupanya apa yang ana cari selama ini hanyalah diri ana sendiri..
ana mencari bekalan untuk melalui jalan hidup yang hakiki di akhirat kelak..
ana mecari makna ISLAM hanya dalam kalimah-kalimah Tuhan..yakni Al-Quran..

Ya Allah..inikah tandanya "hidayah"

Ya, Itulah yang ana kejar2 selama ini...
walaupun ana temuinya dalam keadaan diri yang penuh dengan kejahilan..
tetapi, itulah hidayahMu Ya Rabbul Izzati..

قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
Katakanlah: Timur dan barat adalah kepunyaan Allah; Allah yang memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. [al-Baqarah 2:142]

ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ.
Yang demikian itu ialah hidayah Allah, yang dengannya Dia memimpin sesiapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. [al-An’aam 6:88]


 Ya Allah..ini langkah yang pertama ana, mudah-mudahan Engkau masih memberikan ana waktu untuk mengorak langkah yang seterusnya.. Amin Ya Rahman..

 Ya Allah..bukankah wanita solehah itu rela stokin kakinya basah terkena Hujan daripada terkena percikkan api neraka..mudah-mudahan mujahadahnya diri ana mendapat RedhaMu... 

Amin Ya Rabbal Alamin...




Saturday, 20 October 2012

Kenapa saya begini??

-->
ku tutup cєlα αurαt íní, вukαn mєnαndαkαn díríku чαng tєrвαík dí kαlαngαn kαmu...tαpí, αku sєdαng mєncuвα mєnjαdí hαmвαNчα чαng tααt.


Kenapa saya begini??
kerana "saya telah memilih jalan HIDUP saya"
"Saya juga YAKIN pada janjiNya"
Orang yang beriman dan taat pada perintah Allah S.W.T. itu tempatnya ialah di Syurga,
dan orang yang kufur..akan mendapatkan balasan di neraka.
Itulah Janji Allah S.W.T. dalam Al-Quran.

"Saya menutup cela2 aurat ini supaya dia di sana...tidak disiksa di dalam kubur kerana dosa-dosa saya... SAYA BENAR-BENAR  SAYANGKAN DIA~.~
Ya Allah...ku rindukan dirinya..
“Saya juga tak sanggup melihat darah daging saya..dengan penat lelahnya bermujahadah dijalanNya, namun tercampak ke neraka kerana hanya dosa-dosa saya”
Ya Allah..masukkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yang bertakwa..
“Saya juga tidak sanggup membawa dosa saya..untuk dipikul bersama-samanya suatu hari nanti..”
Ya Allah..jadikanlah dia seseorang yang melabuhkan cintanya hanya untukMu..

TIᗪᗩK KIᔕᗩᕼ Iᗩᑭᗩ ᗩᑎᗪᗩ I ᗰᗩᔕᗩ ᒪᗩᒪᑌ, TᗩᑭI ᒍᗩᗪIKᗩᑎ II ᗩᑎᗪᗩ YᗩᑎG TEᖇᗷᗩIK I ᕼᗩᖇI II....ᗷᑌKᗩᑎ TEᖇᗷᗩIK I ᗰᗩT ᗰᗩᑎᑌᔕI, TᗩᑭI TEᖇᗷᗩIK I ᗰᗩT ᗩᒪᒪᗩᕼ ..T.

Wednesday, 10 October 2012

HambaMu


Dirimu yang pernah disayangi,
Dulu kita memandang CINTA itu bagaikan pelangi cantik yang pernah hadir di pelosok hati dan kita semaikan ia menjadi KASIH dan SAYANG yang hidup bersama hela nafas ..
Dirimu yang pernah memiliki,
Dulu kita mengagungkan CINTA manusia ini melebihi segalanya..
Nauzubillah, di dalam waktu tidak kita sedari..
CINTA ALLAH S.W.T. sahaja lah yang KEKAL ABADI.
Astaqfirullah al-Azim…kita terlalu leka dengan tipu daya syaitan..
Kita terlalu menyanjungi dunia sehingga kita lupa…Dunia ini mempermain-mainkan kita..
Kita terlalu bergembira sehingga kita lupa..Dunia mentertawakan kita..
~AMPUNI HAMBAMU INI YA ALLAH~
Dirimu yang telah pergi,
Tiada kata untaian kasih sesama manusia yang dapat ku titipkan
melainkan ku doakan agar dirimu sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Ya Rabbi,
Semoga hatimu sentiasa meletakkan CINTA dan KASIH SAYANG hanya untuk Ya Illahi..
Dirimu yang telah pergi,
kita yang telah memilih jalan hidup ini..
sama ada baik,elok,cantik atau buruk.
Dan pengakhirannya nanti ialah di saat hari perhitungan Ya Rabbul Izati.
Ya sahabatku,
Semoga kau ditemukan dengan seorang wanita yang elok untuk menjadi pendamping hidupmu,
Semoga dia yang terbaik, yang bisa menjadi ibu kepada anak-anakmu..
Yang bisa menjadi pembangun ketika jatuhmu,
Yang bisa menjadi pendorong tika lelahmu.
Semoga Allah memperkenankan doa-doa ku..Amin Ya Rahman..

NAK DIET!!

 my fren ask me: tak nak makan sama ke?

saya jawab : tak perlah..nak diet. (Hahah..actually ni bukan jawapan penyelesaian yang selamat )

 tapi tak perlah, nak buat macam mana..
demi impian ini..akan ku lakukan apa sahaja Ya Allah..
percayalah..

Ya Allah..
aku ingin ke Mekah.. :(

Ya Allah..
aku nak simpan duit ni...supaya misi untuk menunaikan umrah pada tahun depan tercapai..
bantulah hambaMu ini Ya Allah..

Ya Allah...aku ingin selalu rapat..dan semakin rapat padaMu..agar Engkau tahu, aku benar-benar mencintaiMu...dan agar aku dapat kekuatan itu untuk teruskan hijrah kehidupanku.. ~.~
bantulah hambaMu ini Ya Allah..

Ya Allah..aku terlalu hina di masa lalu, tapi aku kan selalu berharap agar Engkau memberikan peluang untukku menebus dosa silam..Ampuni diriku Ya Allah..

Ya Allah..berikan kekuatan untukku Ya Allah..

Ya Allah,
Engkau yang Maha Membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hatiku dalam AgamaMu dan janganlah Engkau tarik kembali kurniaan ini setelah Engkau memberikan petunjukMu kepadaku..

Ya Allah..ku merayu padaMu Ya Rabbul Izati,
berikanlah diriku peluang untuk berubah..
Ampunilah dosa laluku Ya Rabb..

Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Zaljalalliwal ikram




Tuesday, 18 September 2012

~Kasih Bonda~

Bonda,,
maafkan Nur...Nur tidak sanggup menabur kata MAAF selagi Nur belum berubah....
Nur tidak sanggup untuk melukakan hati bonda setelah Nur mohon ampun pada bonda..

~Syawal ni Nur tak dapat memohon ampun dan maaf pada bonda..tapi, percayalah bonda..suatu hari nanti Nur akan datang dalam keadaan Nur benar2 bersedia....kerana Nur tahu syurga seorang itu di bawah telapak kaki seorang Ibu..

Bonda..
doa kudus ini Nur utuskan untuk bonda di sana...dan arwah ayah yang telah jauh meninggalkan kita semua.
Nur tahu..tak mungkin Nur dapat membalas segala jasa bonda dan arwah ayah...
tapi..setiap kali lepas solat Nur berdoa pada Tuhan..agar Nur dapat menanggung segala dosa bonda dan arwah ayah...
hanya kerana...
Nur teringin melihat bonda dan arwah ayah bahagia di SYURGA kelak..

Insyaallah bonda..
Semoga Allah mendengar luahan hati Nur ini..
berkatilah doaku ini Ya Allah...
Amin Ya Rabbal alaminn..




Sunday, 16 September 2012

"Ya Allah..watub alaina Taubatan Nasuha"

"Diriku hanya sebatang pena, temanku sang diari, kawanku sang puisi..
dan sahabatku adalah air mata"



Entah mengapa..kebelakangan ni hati mudah sangat tersentuh..relung mata ini mudah sangat untuk mengalirkan titisan air..
ada sesuatu yang terpendam di hati..yang takkan bisa orang lain tahu melainkan Pencipta Ya Rabbul Izati..
"YA..SAYA INGIN BERUBAH"

mungkin saya tak dapat mengubah apa yang berlalu, tapi saya masih ada peluang untuk mengubah kehidupan saya akan datang. Sekurang-kurangnya saya siap membuat bekalan untuk ke sana kelak..
dalam sedang mencuba..terkadang saya juga rebah..
tapi saya tahu..inilah saatnya saya bangkit dan menjadi kuat.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa..
tapi..apa yang boleh saya katakan..
"hidup kita di sana adalah pilihan kita.."

Ya Allah...dosaku terlampau banyak...tidak terhitung tingginya antara langit dan bumi..
Ya Allah..diri ini terlampau jahil..
terlampau hina pada pandanganMu Ya Allah..

Ya Allah..
dulu aku menangis kerana hilangnya cinta manusia..
tapi ternyata..hari ini aku menangis disaat aku merasakan hilangnya cintaMu Ya Rabb..
aku menangis di saat aku merasakan ibadat ku sia-sia..
di saat aku merasakan semua itu dihalang oleh dosa-dosa silam..
Ampunilah diriku yang hina ini Ya Rabb..


Astaqfirullah Rabbal baraya..
Astaqfirullah minal khataya..
Rabbi zidni ilman nafi'a
Wawafiqli amalan makbula..
wahabli rizkau wasi'a.
watub alaina taubatan nasuha..

Ya Allah..
Engkau yang Maha membolak-balikkan hati..
Engkau tetapkanlah hatiku pada agamaMu..
berikanlah kekuatan agar aku tetap kuat di sini..
dan janganlah Engkau tarik kembali setelah aku melihat jalan itu..
Engkau permudahkanlah segala urusan duniaku..
dan berikanlah kebahagiaan untukku di akhirat kelak..

Ya Allah..
semoga Engkau jaga mata ini dari terkena percikan api neraka..
semoga Engkau juga menjaga pakaian ini daripada dijilat api nerakaMu ..
sungguh Ya Allah..
aku bertaubat kepadaMu.
watub alaina taubatan nasuha..
Amin Ya Rahman..


Ya Allah..
tatkala hatiku merasakan resahnya...merasa goyahnya menempuhi noda hidup..
tiada siapa yang sudi menjadi teman menangis..melainkan air mata..
tiada siapa yang sudi menjadi teman luahan melainkan hanya padaMu Ya Allah..

PadaMu ku bersujud, mengharap redha dalam setiap langkah ini..
megharap kasih Pencipta kepada seorang hamba..

Ya..di sisi teman2..aku mampu membuat mereka tergelak gembira..
tetapi..di kala sunyi...aku berlari jauh dari mereka..
dan aku menangis sendiri..
inilah kehidupan sebenar diriku..
sang air mata :(

Tapi, dalam usaha jihad untuk berubah..
teringin juga melihat kawan2 yang alpa dengan dunia turut sama berubah..
tapi, ternyata..aku bukan siapa2 untuk menghalang mereka..
mereka masih pelik mengapa secara tiba-tiba aku berubah..
apa yang boleh saya katakan pada mereka..
"Sudah tiba masanya.."

Ya Allah..
hanya diriMu yang mampu menguatkan langkah kakiku..
maka, Engkau kuatkanlah daku..
jadikanlah hijrah ini adalah hijrah seumur hidupku..


Demi namaMu Ya Allah..
terimalah taubat hambaMu..