Friday, 7 September 2012

Niat Hati ingin ke Umrah

"Ya Allah..sahaja aku ingin menunaikan umrah sekiranya ada rezeki yang lebih dariMu..
mudah-mudahan Engkau berkati niat hati ini dan Engkau permudahkan segalanya.."

Amin Ya Rabbal Alaminn..


BAJET KOS : 1 SEM = RM 3, 700 *sudah tolak yuran pengajian x 2 SEM = RM 7, 400

mula, niatnya ingin pergi waktu Ramadan..tapi rupanya masa Ramadan,,tiketnya melambung tinggi..
takut tak lepas bajet untuk 2 sem ni.. ~.~

"Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) dalam riwayat lain, "seperti haji bersamaku." Sebuah khabar gembira untuk mendapatkan pahala haji bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.


Dalam bulan suci Ramadhan, setiap amal kebaikan diberikan ganjaran berkali lipat. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis berikut ini.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Setiap amalan anak Adam akan dilipat gandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat."

disebabkan Ramadan ini bulan istimewa..sebab tu lah agaknya harganya pun agak istimewa kan..kihkih..xD .

mula2, tinjau Tiram Travel.. untuk pakej umrah pada Ramadan.. pergh, harganya >RM5500 and <RM8500

boleh tahan lar kan..ni jawabnya kalau duit untuk 2 sem memang cukup beli AIR MASAK je lar tiap hari.... kihkih xD ...tinggal TULANG jer lah den lepas ni ~.~

ok, fine...pasti berduka hati ni kalau tak dapat pergi bulan ramadan.. :'(

contohnya lah..kalau sambut 5 hari puasa kat tanah suci.. = RM5690 ..
ok, RM 7400- RM5690 = RM 1710  untuk 4 months.. 
1 months = RM 427.50 * errr..boleh ker bajet macam ni..rasanya untuk makan cukuplah,,tapi untuk keperluan lain?? bath items..studies requirement include photostat ..print itu ini....erm..~.~
tambah lagi dengan ticket if nak balik rumah sebulan sekali...~.~  duit yuran faculty...n the others things...fuhh...Ikat perut lah jawabnya ~.~

macam mana ni Nur?? 

Ha,,rantai, gelang ..cincin...gadaikanlah semua tuh...kihkih.... 
NAK KENA BELASAH KAU HA? xD...ni je lar harta yang ada..
akan jadi pusaka sampai keturunan ker 7 .... hahahh*cakap nak gebang jerk..=p
semakin melalot fikiran ni..
*pleasee...pergilah fikiran cetekkk jauh2...

~.~ teringin nak ke tanah suci..

Ya Allah,
Mudah-mudahan Engkau berikanlah rezeki yang lebih kepada hambaMu ini Ya Allah..

Engkau berilah peluang agar aku bersama bonda dan abang dapat pergi ke tanah suci pada tahun hadapan...Amin Ya Rabbal Alamin..


**Astaqfirullah...baru perasan costing saya kat atas ni salah...
nama jerk budak akaun..tapi buat costing pun salah...dah seminggu barulah perasan...

Actually RM 1710 is not for 4 months but for 2 sem..
so, that amount must be divide by 2 before divide by 4 months~.~

so for 1 sem, RM 1710/ 2 = RM 855/sem

For 1 month = RM 855/ 4 months

OK I JUST HAVE RM 213.75  PER MONTHS TO MAKE AN EXPENSES..

Ya Allah....memang sukar... =(
bantulah hambaMu ini Ya Allah...







                    


Tuesday, 4 September 2012

"Someday..I will" Amin..


..disebabkan kepala kurang betul hari ini..
“Tercipta” lah selembar kain ..
A new transformation..
An innovation to all Islamic people to use a new purdah.. that create manually from laptop..
Hihihih..
Tak habis2 nak gelak.melayankan kepala yang kurang siuman hari ni..


Hmm3..ok..serius,
Ya..
Saya sudah berpurdah!! xD
Nampak macam ok, comel sikit..
Kalau tidak mesti nak termuntah kalau orang tengok rupa ni.. *kasi gimikk je..

Allah S.W.T. ciptakan hambaNya semua rupa2 yang cantik2 belaka kan.. J


Tapi..yer lah..sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari sifat iri hati..
Kadang2 saya cemburu tengok wanita2 yang berpurdah..
Kenapa??
Kerana mereka cantik pada pandangan Allah S.W.T.
Teringin benar saya ingin menjadi seperti mereka..
Sebab itulah saya cipta purdah saya sendiri ni..



Ha, dah tengok dah..
Sebelah kiri tu kawan amik lesen,
dia sedang pegang buku "3 Tokoh Bakal Melakluki Dunia by Ustaz Jaafar Bin salleh" kepunyaan abang saya *saya pinjam je..xD
btw,dia dan saya sekampung..kihkih..
dia dah kira macam akak lah..umur dia 21...saya 20 * muda tak? muda tak?
but, MATI TAK KIRA USIA kan.
kalau nak mati sesaat lagi pun boleh..


YA ALLAH..MATIKANLAH hambaMu ini DALAM IMAN..DAN KETIKA AKU SEDANG BERJUANG DIJALANMU..
Amin Ya Rabbal Alamin..


back to the story..
Amacam..bila tengok,,
urmm..
mata masih kelabu asap..tak layak..
hati masih ada noda2 hitam yang perlu dibersihkan dahulu  L

But,Insyaallah…saya sentiasa mengharap..
Dan MENCUBA sedaya upaya..
Suatu hari..SAYA  AKAN  MENJADI  SEPERTINYA..
“SHE IS ME”

Itu just edit guna “paint” only…
Jadi maaf…actually, saya belum berpurdah lagi.. L
Tapi PERCAYALAH…SOMEDAY  I  WILL.. Aminn Ya Allah..
Doa dari kalian mungkin dapat mengiringi hijrah yang saya dambakan..

*saya hanya musafir hina yang sedang mencari jalan pulang...

Saturday, 1 September 2012

Driving Class ~.~ Fuuhh...1st time memandu kereta =D

Emm..kalau nak ilmu agama, please find in another post..
but,kalau nak dengar story saya belajar memandu...yes..
welcome to my "celoteh world" saya ni xD ..

tak kesahlah kalau awak2 semua nak gelak ker nak berdekah2 ke...suka hati awak2 semua lah ye..
lagipun ni my 1st time pegang steering kereta..fuhhh...*otak menyol pun mampu nak pegang steering kereta kan,elak ke gaung jer..Oppss..mintak jauh lah ye..

entry ni just saya buat untuk mengulangkaji latihan memandu saya..
ok nak lebih mudah..saya dah design gambaran tempat saya memandu tuh..
Pusat Serenti... ehh...bukan.

Pusat Latihan Memandu Bandar Penawar...
haaa..ni baru betul..

bawah ni kalau bagi sape2 nak belajar lukis pelan hebat macam ni...
atau nak buat pelan rumah pengantin...
boleh je..
saya sedia terima tempahan.. *hahaha.....buat peta harta karun bawah ni pun terkedek2... =p






ha, macam mana??
hebat jugak kan saya lukis..
pakai paint jerk kot..hahaha...

Ok, we start now.
1st,check apperance....ade 5 step...xD

pertama,check sit ok tak..nak tekan clash dekat ker jauh..
2nd, tengok cermin sisi dan cermin belakang..ok dok??law tak ok..betulkan.. :)
then,pakai sit belt...keselamatan tuh...jgn lupa!!
next,make sure that ur gear are free.....ok!! *tolak kiri..tolak kanan..ok dok?? law ok, berehh..
ok..now....u can start ur car...check signal kanan,kiri...lampu atas..air hujan *heheh...dan wiperr....lampu kecemasan. ok sett!!!

tekan clash..tekan gear reverse....lepas slow2....kawal steering..
...dah ada di tempat yg sewajarnya...tekan clash..mulakan gear dengan gear 1 ^^

ok,now..kita boleh bertolakk ....*jangan keluar kereta,gi tolak pulak keretanya ok! memang tak sampai lah kalau macam tuh...xD


JALAN A
1) Dari tempat memandu tu, terus belok ke kiri...habiskan gear sampai gear 4.
2) Sampai ke papan tanda kuning, bagi signal kanan. tekan clash, kemudian tekan break slow2 sampai stop betul2 di simpang, lepas tuh ..tarik handbreak.
3) sebelum nak teruskan perjalanan ke pluto..tekan clash, masuk gear 1..lepas ur handbreak,
Pandang kiri, pandang kanan..kalau tiada kenderaan...just lepas clash slow2 dan handle ur steering *my steering i think..heheh..
sampai dah betul keadaan kereta setelah belok, baru tekan minyak.
4) tekan gear 2, lepas tuh akan ada bukit sebelum simpang, masuk gear 3, turun jerk bukit..lepas minyak...bagi signal kanan,
tekan clash, jaga break.
5) tekan clash,gear 1..belok slow2..
akan ada 2 jalan sehala...ambil terus belah kiri..

Nampak tak ade bangunan kelabu dalam peta atas...hihi..tuh adalah sekolah sukan bandar penawar *nama terbaru sekolah sukan tunku mahkota Ismail :)

Hah, bangunan ke 2 tuh pulak adalah IKBN..hihih..

Ok...our journey reached to petronas,,

Nampak tak pokok sebelah kiri tuh..tuh petanda....tukar gear 3 daripada Gear 4..kitam menghampiri Jalan raya besar... * jalan pengerang-Kota tinggi ^^

6) Pasang signal kiri,belok...kalau xder kenderaan mencelah..pasang signal kanan, masuk jalanraya terus...

Fuhh...now..pesawat NUR92 sudah menempusi kerak bumi...kita akan menikmati pemandangan galaksi yang indah yang dapat dilihat terus daripada luar tingkap..hahaha..


Penat nak menaip...nanti2 saya sambung..hahahahahah....tengah mengamati PETA KE PLUTO  ni...hahah.,..btw,esok ade latihan memandu lagi xD












Friday, 31 August 2012

Salah 1 tanda KIAMAT hampir tiba



Saidina Ali berkata: “Kedatangan AL-Mahdi akan didahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga dekad,dan bukan bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan bintang yang muncul pada setiap abadTetapi ia adalah bintang beradab-abad yang meliputi api,salji,udara dan tanah…”

Fakta sains: HERMES, pertama kali dilihat pada tahun 1937 sebagai objek bercahaya bergerak kemudian menghilang pergi tanpa dikesan, sehinggalah muncul semula pada oktober 2003. Menurut Brian Marsden, dari pusat planet di Cambridge Hermes telah mengelilingi matahari sebanyak 31 kali.

Bintang ini muncul 777 hari sekali iaitu lebih kurang 2.1 tahun iaitu 1/3 dekad seperti yang dimaksudkan oleh kata-kata Saidina Ali. Oleh itu bintang ini muncul pada 2-3 tahun sekali.

“…Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar...”

Saiz Hermes adalah 0.9km (lebih kurang 1000 ela). Saiz nukleusnya yang besar membentuk ‘coma’ yang besar dan menghasilkan ekor yang panjang, Semakin hamper dengan matahari semakin panjang ekornya.

Komet bergerak lebih laju apabila menghampiri matahari dan menjadi perlahan apabila bergerak menjauhi matahari. Mean Orbital Velocity nya adalah 47.88km/s sementara bumi Mean Orbital Velocity adalah 29.79km/s.

“..Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari terbit..”

Sinaran coma ini semakin bertambah apabila memasuki ruang angkasa bumi dan geseran nucleus iaitu 2 batu besar , garispusat 400 meter dengan lapisan udara mesophere bumi dengan kelajuan 65 124 k/jam { 47.88km sesaat (hermes) -29.79km/s (bumi) } akan menghasilkan bunyi yang kuat dan pitch yang tinggi membelah langit pada ketinggian 150-560 km pada waktu malam jumaat pertengahan bulan Ramadan.

Sekiranya ia merentas bahagian malam bumi ketika itu, bermakna melintas bahagian Amerika, pacific ocean dan berada di atas supervolcano Yellowstone (lebih kurang)

“.. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada landasan orbitnya. Setelah itu akan dating banyak malapetaka dan kematina yang merupakan keuntungan bagi orang yang baik dan kerugian bagi orang jahat.”

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl ayat 77)

~Sumber buku : 3 tokoh bakal menakluk Dunia (Al-Mahdi - Dajjal - Nabi Isa Al Masih)
~
penulis : Ustaz jaafar bin Salleh.
~
terbitan Pustaka Azhar.

Sebuah komet akan muncul di Timur dengan mengeluarkan cahaya sebelum tiba. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 53)

Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

~> Ada dua tanda untuk kedatangan Al Mahdi ... Yang pertama adalah gerhana bulan di malam pertama Ramadhan, dan kedua adalah gerhana matahari di pertengahan bulan ini. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 47)

... Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya .... (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym in al-Fitan)

-Wallahualam-


link ini sekadar perkongsian bersama-
http://hafez94.blogspot.com/2009/11/cerita-karut-orang-putih-2012-gambaran.html

40 hadis tentang peristiwa Akhir Zaman
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/03/40-Hadis-Tentang-Peristiwa-Akhir-Zaman.pdf

Thursday, 30 August 2012

Aku yang merasa



Bila hati menjadi tawar..
Semua yang terlihat tidak lagi indah..
Hati yang dahulunya berbunga-bunga kita layu dek masa..
Kiara yang terlihat cantik jua kan pudar kilaunya..

Bila lidah tidak lagi berasa
hati hilang gundahnya..
inilah petanda 
kosongnya jiwa..




Wednesday, 29 August 2012

Tinta khas untukmu... BAKAL SUAMIKU

Tinta ini saya lakarkan di suatu hari dengan penuh rasa kasih..
suci dari hati ini untuk seorang lelaki yang akan menjadi pemilik saya suatu hari nanti..

Siapa pun dia..Insyaallah..saya akan terima takdir dari Allah S.W.T.

tapi ketahuilah 1 luahan hati yang terakhir sebelum saya bergelar seorang isteri..

"Awak..setiap detik itu masih berharga untuk awak memilih masa depan awak.." =)

bacalah coretan hati ini moga-moga awak nampak jalannya..



 “ESOK AKU AKAN MENJADI MILIKMU”

Bakal suamiku..

Hari esok kita akan menikah. Tapi sebelum lafaz ijab dilafazkan olehmu, aku sangat berharap agar kau dapat berfikir yang sewajarnya untuk menjadikan aku sebagai isterimu. Aku tidak mahu kau menyesalinya suatu hari nanti. Aku tidak mahu engkau menangis malu mengenangkan isterimu yang penuh dosa.

Ya..
Aku wanita yang jahil tentang agama..ilmu yang ada hanya serapuh ranting tua. Terkadang hari ini aku sendiri terkandas dalam kehidupan yang penuh noda. Aku sendiri pernah mempamerkan dosa dengan relanya. Imanku terlalu lemah dengan godaan dunia. Aku hanyalah wanita yang tidak layak dimiliki oleh sesiapa pun kerana aku wanita yang berdosa. Lantaran itu, layakkah aku menjadi isterimu??

Bakal Suamiku..

Surat ini ku tuliskan tulus dari hatiku yang terdalam. Penuh ku layarkan dengan dosa yang pernah ku lakukan di waktu silam. Tersenyumlah..kerana kau bakal bernikah dengan wanita yang rendah martabatnya. Ketawalah sepuasnya kerana titip kata ini tidak lain ku coretkan hanya untukmu bakal Imamku. Maka, layakkah aku yang kau nikahi??

Ketahuilah bakal suamiku..

Aku tidak dapat menjanjikan untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Aku juga tidak dapat menjanjikan untuk berjaya mendidik mereka menjadi anak yang taat kepada perintah Allah S.W.T. kerana aku sendiri wanita yang jahil. Justeru, layakkah aku menjadi isterimu??

Bakal suamiku..

Mungkin sebelum ini kita bahagia melafaz kata cinta..tapi kita tidak akan tahu apa yang mungkin terjadi di hari esok. Langit tak selalunya cerah..bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Mungkin esok, aku khilaf terhadap janji pernikahan ini. Mungkin esok aku juga lupa dengan tanggunjawabku sebagai isteri. Mungkin esok petir kan menumbangkan pohon yang kita tanam bersama. Layakkah aku menjadi pedamping hidupmu??

Bakal Imamku..

Aku hanya sebatang pena yang bertemankan puisi dan bersahabat air mata. Aku tidak mampu memilih melainkan menerima segala ketentuan Illahi. Dia yang Maha Pencipta dan memiliki kebesaran di seluruh alam ini. Mudah-mudahan takdir yang menemukan kita ini adalah 1 perancangan yang baik meskipun aku wanita yang kekurangan Ilmu agama. Tetapi, fikirlah dengan sebaik-baiknya selagi detik itu masih ada untukmu. Fikirlah di hari ini agar kau tidak akan menyesal di hari esok. Semoga di hari pernikahan kita esok..kau tidak akan menangis tersiksa untuk menanggung dosa bakal isterimu ini.
Fikirkanlah bakal suamiku….adakah wanita ini layak mengisi ruang hidupmu??

Bakal Isterimu
N -14 april
29 julai 2012/9 ramadhan

Dia lebih baik daripada yang baik

Dulu- rambutnya perang...dah macam besi berkarat...keluar rumah..wahh siap open2 lagi..
teruknya dia...

Dulu dia sombong...ye lah..orang kaya..mana nak pandang orang miskin..

Suatu masa..
dia diuji oleh Allah S.W.T dengan sakit yang belum ditemui lagi penawarnya..
mungkin ramai yang sangka dia akan rebah..
tetapi tidak, hatinya cekal..
ya....selayaknya sekarang mungkin dia akan terbaring di katil menantikan hari2 akhirnya.
tapi tidak..
mungkin juga sekarang dia akan menyalahkan Tuhan dengan apa yang berlaku..

Tapi sekarang- ternyata ujian yang telah menimpa dirinya merubah dirinya daripada 0% kepada 100% ...perfect ..*actually walaupun tiada siapa yang sempurna kat dunia ni.. Tapi perubahan yang berlaku pada dirinya LEBIH baik daripada orang yang baik.


boleh katakan selayaknya sekarang dia bergelar MUSLIMAH SEJATI..


Subhanallah....hidayah dariMu..datang tanpa diduga..
 Engkau menyiapkan seribu satu kebaikan disebalik dugaan.. Allahu Akbar...


sebegini indahlah perubahan yang berlaku pada dia...
bahkan lebih indah pada manusia yang lainnya..
*terutama lebih indah dari manusia yang jahil seperti saya

Dulu..saya melihatnya dengan sebelah mata...tapi hari ini mata ini tak mampu lagi melihat dia, lantaran terlalu malu..

orang dah siap sedia buat bekalan untuk ke akhirat..
tapi saya masih lagi mencari2 jalan yang perlu saya lalui..

MALU...dulu saya bertudung..DIA TIDAK,
sekarang dia BERPURDAH...dan SAYA MASIH LAGI BERTUDUNG..

dulu saya HANYA TUTUP SEADANYA..dia BUKA sana BUKA sini.
sekarang dia MENUTUP SEGALANYA...tapi SAYA MASIH LAGI MEMBUKA CELA2 AURAT darinya..



Ya Allah....ini silapku..
ini salahku...
Aku masih lagi tidak tahu dimana jalan yang harus aku lalui..maka Engkau permudahkanlah segala urusan ku..limpahkanlah padaku hidayahMu...berikanlah diriku setiap detik untuk terus bernafas dalam redhaMu..dan berjuang atas jalanMu...

dan..Engkau matikanlah diriku dalam IMAN...

Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..Amin Ya Zaljalallilwal ikram










Tuesday, 28 August 2012

Bila Jahilnya Diri

Suatu hari tu, tiba-tiba hati terbuka nak lakukan sesuatu perubahan dalam hidup.. Mungkin juga 1 perubahan yang akan berkekalan sehingga akhir nyawa ni.
Bila teringat tentang janji Tuhan dalam setiap bait Al-Quran yang di baca..aku mula sedar yang hidup ini hanyalah untuk mati. Jauh dalam benak hati ni teringin sungguh aku hidup bahagia dalam syurga, percayalah..aku ingin berubah.. 

menjadi wanita yang sepertinya di atas...biarpun tidak cantik di mata manusia, namun aku ingin benar terlihat cantik di mata Allah S.W.T. 

ya, aku perlu mulakan hari ini.
sebelum melakukan hijrah yang besar ini..aku mesti melakukan sedikit demi sedikit..
entah kenapa aku merasa malu dilihat orang..bahkan untuk dilihat ibu sendiri.

Hari tu, aku mula menyarungkan sarung tangan di lengan...dan mula memakai sarung kaki. Fuhh..rasa lain sungguh bila memijak lantai rumah dengan memakai sarung kaki.
Aku mula bergegas langkah ini pergi ke kedai....aku meggapai kasut tertutup bagi mengelakkan orang lain melihat stokin di sebalik kasut yang aku pakai..

Sepanjang perjalanan ke kedai..aku malu sungguh..mungkin di benak ku..orang sekeliling melihat stokin yang aku pakai.  Ahhh..aku peduli apa, mereka ada mata untuk melihat, tak kisah lah mereka cakap apa. 
Aku tahu ..niat aku kali ni sangat kuat..lebih2 lagi..hari ni hari ramadan...aku mesti berhijrah!!

selepas pulang dari kedai..bagaikan bebunga2 hati ni..langkah ku yang pertama dah berjaya..jadi aku mesti lakukan langkah yang seterusnya..

Bila kita dekat dengan Allah S.W.T. ,maka Allah S.W.T. akan sentiasa dekat dengan kita...jadi setiap kali lepas solat aku akan sentiasa berdoa.. "Ya Allah Ya Tuhanku,,Engkau jadikanlah aku seorang wanita yang baik, Engkau jadikanlah aku seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa serta jadikanlah aku seorang isteri yang solehah kepada pemilikku suatu hari nanti...serta Engkau redhailah setiap apa yang ku lakukan dalam hidup ini.." Amin Ya Rabbal Alamin..

sungguh, diri aku benar2 jahil..untuk menutup aurat pun aku malu dengan manusia.. sepatutnya, aku malu dengan Allah S.W.T. .Selama ni aurat aku terbuka tanpa batasan...aku jahil...

Hari ini, sejujurnya hati aku masih belum kuat..aku memerlukan seseorang yang boleh menguatkan hijrah aku kali ni. Aku teringin masuk syurga...walaupun aku tahu, bau nya pun tidak mungkin bisa aku hidu dengan kejahilan diri ini. Ampuni diriku Ya Allah..

Hati selalu berbisik..aku memerlukan seorang suami yang bisa menjadi guru untukku dan anak2ku kelak....


tapi bagaimana aku bisa memilih jodohku sedangkan semuanya aturan Allah S.W.T. 
Dalam surah An-Nur ayat 26 pun mengatakan..wanita yang keji hanya untuk lelaki yang keji.. Astaqfirullah al -Azim... jauhi kekejian itu dari hatiku Ya Allah..

Menangis hati ni bila memikirkan masa hadapan...masihkah ada peluang untuk aku mengubah nasib anak dan keturunanku jika datangnya dari benih yg jahil seperti aku...

Jauh di sudut hati..aku teringin mempunyai keluarga seperti ini.. 
keluarga yang selalu dekat pada Agama...Cinta padaNya..
mudah-mudahan Ya Allah...Amin..

"Ya Allah..bila aku merasakan jahilnya diri ini...di situlah adanya sebutir Iman yang menjadi penguat hati...berkahilah niatku..Ampunilah dosa2 kemaksiatan ku yang lampau...jadikan aku wanita yang menyerahkan cinta hanya untukMu Ya Allah ...jadikanlah aku hambaMu yang solehah...dunia dan akhirat.. Amin Ya Rahman..Amin Ya Rahim..Amin Ya Zaljalalliwal ikram...."






Thursday, 2 August 2012

~Majaz Sastera~


Santun aksara bermelodi..
Petaruh buat nakhoda yang sunyi..
Buat jentayu yang sepi..
Dan juga nadim yang Sali.

Di peterana patih berhujah..
Rentak seturi berbeza makalah..
Bukan malim jauhari lembah..
Hanya mantik masnawi lelah.

Pergam gempita nyaring bersuara..
Kiara gemala terang sirnanya..
Majaz sastera hikayat gaya..
Ilham kalut si tua.


♥ by: Dek Nur - 2 Ogos 2012- 11.42pm ♥
~ Hasil pengolahan bahasa sastera ~
^_^ Tersirat pada maknanya ^_^

Tuesday, 17 July 2012

ANDAI ESOK MASIH ADA (2)


“Pangg…” suatu bunyi kedengaran di sebalik Nur. Wajah bujur sirih itu segera memerhatikan apa yang berlaku di sebaliknya. Jelas kelihatan Akim sedang berdiri di hadapan Mas sambil Mas melekap pipinya yang merah ditampar Akim.

“Arrhh..” suara jeritan Mas nyaring membuatkan semua pelajar tertumpu ke arah mereka. Nur tidak tahu apa yang bisa dia lakukan lagi. Malu yang diperlakukan Mas terlampau mencengkam hatinya sehingga langkah Nur berlalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan yang serba salah.

“Ehh, Mas..how dare you buat Nur macam tu..siapa you…ha?”, persoalan Akim dengan wajah berang sambil membeliakkan matanya yang bulat itu tepat-tepat ke dalam anak mata Mas.

“hah, You ask me who I am??...hey, I yang patut tanye you siapa Nur tu, you baru je kenal dengan dia tak sampai satu hari you dah berani nak back up perempuan macam dia”, ujar Mas keberangan dengan tindakan Akim menamparnya.

“Haha..mungkin you lupa, kalau tak kerana papa I , tak mungkin you sekeluarga dapat hidup mewah seperti sekarang ni, you kena sedar..dari kecil I kenal you tau, I yang banyak tolong you dulu. Now pun you sekeluarga pindah sini sebab papa I tak nak pisahkan hubungan kekeluargaan yang telah lama kita bina dulu. Jodoh kita telah ditentukan semenjak kecil lagi, ini bermaksud I berhak amik tahu pasal you sebab one day you akan jadi suami I. You kena ingat tu!”, Mas benar-benar melepaskan segala hasrat hatinya yang sakit dek kerana tindakan Akim memback up Nur.

Akim hanya terdiam membisu, sepatah bicara pun langsung tidak keluar dari mulutnya. Di benaknya, dia sedari bahawa keluarga Mas memang banyak berjasa terhadap keluarganya malahan di tambah lagi dengan hubungan persahabatan antara ayahnya dan papa Mas yang membuatkan keluarga mereka benar-benar mesra.

Nur yang sementara masih berada di dalam washroom terus teresak-esak menangis.

“Apa salah aku sehingga aku diperlakukan sebegini, dimalukan sebegini. Aku tahu aku bukannya perempuan yang cantik dan kaya macam Mas, tapi aku ada harga diri.. harga diri yang aku jaga selama ni sebagai seorang perempuan”, Nur merintih tersedu-sedu meluahkan rasa hatinya sambil dipujuk oleh rakannya Nita.

“Nur, sabar ye..semua ni ujian untuk kau..Tuhan tahu kau kuat, sebab tu Tuhan bagi kau ujian macam ni” ujar Nita kepiluan sambil meringankan tangannya mengelap air mata Nur yang mengalir.

“Nita…aku tak sanggup dipermalukan depan semua orang, aku di hina! Aku ada harga diri Nita..aku ada harga diri”  ayat itu diulang berulang kali, air mata Nur semakin deras membasahi pipinya.

“Nur..kau seorang yang kuat Nur. Kau masih mempunyai harga diri sebab kau tak jadi seorang yang egoistik macam Mas. Harga diri kau lebih mulia daripada orang yang melemparkan kata-kata buruk tu. Tuhan masih sayangkan kau sebab tu Tuhan memberi kau air mata untuk kau tangisi. Kerana tangisan inilah kau akan sujud pada Tuhan meminta pertolongan”, kata-kata Nita penuh dengan semangat yang kental demi meredakan hati sahabatnya Nur.

****
Dalam deruan angin malam, Nur berdiri di jendela melihat pohon-pohon yang turut sama bergoyang dek kerana angin yang bertiup. Mata bundarnya kian berkaca kini, Nur masih terbayang apa yang telah berlaku pada siang tadi di sekolahnya. Wajah bengis Mas langsung tidak dapat dilupakannya, tatapan mata Mas masih terngiang-ngiang di benaknya.

“Ya Allah..aku serahkan segala-galanya kepada-Mu kerana Engkau kan lebih mengerti apa yang tersirat di hati. Tidak pernah terlintas pun di hati ini untuk mengenali seorang lelaki bernama Akim, tetapi Engkaulah yang telah mempertemukan kami. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sebaik-baik penentu hidup dan matiku”, Nur meluahkan rasa sendiri tanpa sedar titisan air mata mengalir hiba di pipinya. Nur terlena sendiri di buai bayu malam yang menghembus di samping rembulan malam yang tidak pernah letih menemani malam Nur yang kesepian.

 Malam itu, Nur teringat akan buku yang telah dibelinya tempoh hari. Lalu dibeleknya isi kandungan buku itu satu persatu.

“La Tahzan”, itulah tajuk buku yang di beli Nur tempoh hari atau bermaksud jangan bersedih karya Nurhawanis Othman.

“Maka wanita-wanita yang solehah adalah mereka yang taat kepada Allah S.W.T. dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka).”
(Surah An-Nisa’: Ayat 34)

Mukadimah yang tertulis di dalam buku tersebut membuatkan Nur mampu untuk melakarkan secubit senyuman di bibirnya. Walaupun Nur belum bersuami tapi Nur tahu jika dia taat kepada perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan larangannya, dia juga akan di jaga oleh Allah S.W.T..

Malam Nur terbuai antara lena dan tidak dek kerana masih mengingatkan tragedi yang telah menimpanya siang tadi. Sedaya upaya keterpaksaan ralip matanya juga terkunci rapi di samping buku La Tahzan yang dipegangnya .

            Pagi yang indah dirasakan hari ini, apa yang Nur harapkan Akim tidak akan menjengah di tengah perjalanannya nanti. Apa yang Nur takutkan ialah pabila Mas cuba untuk menjatuhkan  maruahnya seperti semalam. Nur sedar bahawa dia gadis yang serba kekurangan dan tidak mungkin dapat berkawan dengan jejaka pujaan gadis-gadis di sekolahnya seperti Akim, namun Nur masih mempunyai harga diri yang tinggi sebagai seorang perempuan.


“Hei Nur”, suara itu jelas kedengaran di anak telinga Nur. Terasa langkahnya ingin berlari seribu batu namun, apakan daya dia hanya seorang perempuan. Nur mengambil keberanian itu untuk menoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi, matanya mengerlip melihat susuk tubuh seorang lelaki di belakangnya.

“eh…eh..” suara Nur masih tergagap-gagap pabila melihat seorang lelaki yang memanggilnya tadi ialah Akim.

“Nur, awak dah tak nak kawan dengan saya lagi ker?” Akim melontarkan suaranya ke arah Nur sambil kakinya gegas berjalan mendapatkan Nur. Setibanya di sisi Nur, Akim memandang tepat ke arah sepasang mata bundar Nur yang seakan-akan terpaku melihatnya.

“Nur, pada tadi saya tunggu awak lalu depan rumah saya ni. Saya tak berniat jahat pun nak jumpa awak ni, sebenarnya saya nak minta maaf atas kejadian semalam yang menimpa awak. Saya harap awak dah faham sangat dengan perangai Mas yang panas baran tu kan”, Akim meneruskan kata-katanya sambil riak wajahnya sungguh penuh dengan rasa bersalah.

“Akim..ini semua bukan salah awak pun buat ape awak nak minta maaf. Lagipun, ini memang salah saya. Saya sedar diri saya sape, memang betul kata Mas semalam. Saya tak layak nak berkawan dengan awak, awak orang kaya sedangkan saya hanya orang miskin. Ayah awak businessman tapi ayah saya penoreh getah je. Saya memang tak layak kawan dengan awak”, mata sayu Nur benar-benar menunjukkan keseriusannya pada bicara itu. Nur menatap dua biji mata Akim yang kian berasa bersalah.

“Maaf Akim, saya nak cepat ni..” kata-kata Nur kian mengakhiri bicaranya pada Akim. Wajah Akim benar-benar berubah, matanya seakan-akan mahu mengalir air mata jantan, tapi cuba ditahannya daripada jatuh wajah macho dia itu nanti.

Nur mengorak langkah pergi meninggalkan Akim yang kian terpaku membisu semenjak dari tadi. Di hati Nur hanya Tuhan yang tahu betapa sukarnya perit sebuah maruah yang telah terguris dek kerana seorang lelaki seperti Akim. Nur benar-benar bertekad untuk cuba menjauhi Akim daripada terus hadir dalam hidupnya dan menjadi kenangan yang pahit untuknya.

Setibanya di Sekolah, ternyata kelihatan sekumpulan perempuan yang sedang menunggu Nur semenjak dari tadi, jelas di mata Nur muka garang Mas yang sedang memerhatinya. Mas dan kawan-kawannya mendekati Nur yang sedang berjalan menuju ke arah kelas.

“Weii Nur, tadi kau berjalan dengan sape ha?”, Mas bersuara menanyakan persoalan yang bakal membuat Nur dimalukan lagi seperti semalam.

“Eh..Mas. Nur berjalan sorang je tadi..”, bibir Nur tergagap-gagap membuka bicara pada Mas. Betul ni kau jalan sorang, kalau aku tahu kau jalan dengan Akim lagi, nahas kau aku kerjakan”, Mas membentak Nur sambil tangannya diangkat menunjuk ke arah muka Nur sebagai tanda amaran untuk menjauhi Akim. “Dengar tak?”,Mas meneruskan kata-katanya sambil diikuti dengan anggukan kepala Nur. Mas menyusun langkah pergi bersama kawan-kawannya sambil bahunya sengaja disinggung kasar ke bahu Nur.

Jauh dari pandangan Nur, Nur melihat ada seseorang yang sedang memerhatinya, Namun, Nur hanya membiarkan lantas langkah kakinya disusun rapi untuk masuk ke kelas yang jauhnya tidak kurang 50 meter dari tempat dia berdiri.

Pembelajaran hari itu dijalani Nur dengan penuh konsentrasi, maklumlah tahun ini Nur akan menjalani peperiksaan awam, jadi Nur tidak mahu sebarang permasalahan yang timbul antara dia dan Akim akan mengganggu pembelajarannya. Nur inginkan yang terbaik untuknya dan semua ini sepastinya yang dapat menentukan nasib keluarganya kelak.

“Kringgg…” lonceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua pelajar.

“Nur..yuk ke kantin…”, sapa Nita rakan baiknya itu.
“tak lar Nita. Kau pergilah dulu, aku tak lapar lagipun pagi tadi aku dah sarapan”, Nur cuba menyelindung rasa laparnya itu kepada Nita kerana pada hari itu Nur tidak mempunyai duit belanja.

“Owh..ok lar law macam tu, aku pergi dulu ye”, bicara Nita meninggalkan Nur sendirian di kelas. Langkah Nita terus hilang dri pandangan Nur.

Nur memegang perutnya ditekanya perutnya supaya rasa laparnya itu hilang. Air masak yang dibekal dari rumah diteguknya bagi menghilangkan dahaga tekaknya itu. Di sebalik wajah suci Nur, teringin benar dia memiliki hidup seperti orang lain yang hidupnnya mewah dengan wang ringgit. Sedangkan kehidupan yang Nur miliki sekarang hanyalah serba kekurangan, untuk merasa sesuap nasi pun susah. Maklumlah pendapatan ayahnya tidak menentu bergantung pada pendapatan menjual getah daripada kebun yang sekangkang kera.

Dalam lamunannya sambil menahan lapar perutnya itu, tiba-tiba dia ditegur satu suara yang datang “Nur..”, segera mata Nur melihat ke arah suara yang memanggilnya. Ternyata sekujur tubuh yang di kenalinya berdiri tegak di depan pintu kelasnya itu.

“Nur tak pergi rehat ker? Tadi saya terserempak dengan Nita,tapi saya tengok Nur tak der dengan dia, sebab tu saya datang sini”, ujar Akim melempiaskan kata-katanya.

“Owh, ha ar..hari ni saya tak ke kantin,lagipun perut saya dah kenyang sarapan dekat rumah tadi”, bicara Nur lembut. Wajah Nur was-was ditakutkan Mas melihat Akim yang berada di situ.

“Erm,awak kenyang ke sarapan pagi kat rumah tadi?”, Akim kian menyambung kata-katanya.

“Tak lar kenyang sangat,tapi boleh lar untuk mengalas perut ni”, ujar Nur cuba dengan harapan dapat menutup rasa laparnya daripada diketahui Akim.

“Owh..Erm, Nur..” Akim menatap betul wajah bujur gadis di depannya. Nur hanya mengangkat keningnya itu tanda menyahut kata-kata Akim.

“Hujung minggu ni Nur pergi mana-mana tak?, Akim ingat law Nur tak pergi mana-mana, saya nak ajak Nur pergi taman”, Akim menyatakan niat tulusnya ingin berjumpa Nur pada cuti hujung minggu. Nur hanya terdiam seketika. Ingin dikatanya tidak, nanti Akim akan kecil hati, tapi kalau hendak diterimanya pelawaan itu takut diserangnya dengan Mas bak kata pepatah “Diluah mati emak, Ditelan mati bapak”.

“Ermmm..”

“Nur…Akim tak paksa pun kalau Nur tak nak, tapi sekurang-kurangnya Akim ingin bertemu dengan Nur sebelum peperiksaan. Ye lar peperiksaan hanya tinggal dua minggu je lagi kan”, ujar Akim dengan riak wajah simpati yang benar-benar mengharap jawapan yang tidak menghampakan dari Nur.

Kepala Nur masih lagi tertunduk, masih lagi memikirkan jawapan yang ingin diberinya kepada Akim. Akhirnya Nur terpaksa akur, Nur mengangguk menandakan tanda setujunya untuk berjumpa dengan Akim di taman pada cuti hujung minggu ni.

“pukul berapa”, Nur kian bersuara menanyakan Akim dengan wajahnya yang memberi sedikit peluang untuk Akim berjumpanya. Kelihatan Akim tersenyum manis memperlihatkan lagi kekacakan wajahnya itu.

“betul ke ni Nur?, kalau macam tu Akim tunggu Nur dekat taman hari sabtu ni lepas asar. Ok?”, Akim begitu gembira pabila Nur memperlihatkan tanda setuju untuk berjumpa dengannya di hujung minggu nanti.

Bibir ayu Nur hanya tersenyum manja tatkala melihat gelagat Akim yang benar-benar excited di tambah lagi dengan persoalan Akim yang dirasakan tidak memerlukan jawapan dari Nur.